Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
3,418 jangkitan, 1,200 kes baru di Selangor
Diterbitkan:  May 2, 2021 4:19 PM
Dikemaskini: 11:24 PM

Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan sehingga 2 Mei 2021, adalah 3,418 kes dengan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 415,012 kes.

Katanya, 12 lagi korban meninggal dunia akibat Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 1,533 orang.

Sementara itu, Noor Hisham berkata seramai 345 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 175 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Jelasnya, kes harian tertinggi dicatat di Selangor dengan 1,200 kes, diikuti Sarawak (587 kes) dan Kelantan 400 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula katanya, adalah sebanyak 30,339 kes.

Dr Noor Hisham berkata 11 kluster baru dikenal pasti melibatkan lima kluster komuniti, empat kluster sektor pendidikan termasuk dua kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan dan dua kluster tempat kerja.

Kluster komuniti katanya merujuk kepada Kluster Sungai Tengah; Kluster Sungai Sebemban dan Kluster Sebujok di Sarawak, Kluster Jalan Sri Putri 12, Johor; Kluster Jalan Emas, Melaka manakala kluster pendidikan iaitu Kluster Sains Bakam, Sarawak; Kluster Kiara Jaya, Kluster Jalan Junjong dan Kluster Limau Karangan, Kedah.

"Kluster tempat kerja pula ialah Kluster Kasawari Sembilan dan Kluster Persiaran Raja di Selangor," katanya.

Menurut beliau sebanyak 10 kluster tamat hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster yang ditamatkan ialah 1,284 kluster manakala jumlah kluster aktif ialah 396.

Sepuluh kluster yang tamat adalah Kluster Lorong Mulia; Kluster Jalan Alamanda; Kluster Jalan Padang; Kluster Taman Brick; Kluster Jalan Kemajuan; Kluster Jalan Suasana; Kluster Wakaf Chagak; Kluster Jalan Teluk Kumbar; Kluster Kampung Batu Lapan Lekir dan Kluster Sungai Mupong.

Status ringkas:

  • Jumlah kes sembuh: 2,698
  • Jumlah kumulatif: 383,140 (92.3%)
  • Jumlah kes baru: 3,418
  • Jumlah kumulatif: 415,012
  • Jumlah kes aktif: 30,339
  • Kes local: 3,408 (3,134WN, 274BWN)
  • Kes import: 10 (1WN, 9BWN)
  • Jumlah kematian:12 WN
  • Jumlah kumulatif: 1,533 (0.37%)
  • Jumlah kes di ICU:345
  • Pesakit Intubated:175

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

  • Selangor - 1,200 (134,849)
  • Sarawak - 587 (31,691)
  • Kelantan - 400 (14,674)
  • Sabah - 115 (58,315)
  • Johor - 213 (45,900)
  • WP KL - 198 (44,169)
  • Pulau Pinang - 145 (20,084)
  • Negeri Sembilan - 73 (18,912)
  • Perak - 77 (14,890)
  • Kedah - 101 (10,136)
  • Melaka - 61 (7,489)
  • Pahang - 45 (5,270)
  • Terengganu - 184 (4,419)
  • WP Labuan - 7 (2,463)
  • WP Putrajaya - 8 (1,383)
  • Perlis - 4 (368)


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS