Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Saya tak ada kaitan audio bocor, boleh dapat video dari Marikh'

Ketua Polis Negara Hamid Bador berkata dia tiada kena mengena dengan rakaman curi perbualan telefon Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkaitan pelantikan pegawai kanan polis.

"Saya tak tahu, saya tak ada kena mengena," katanya diminta mengulas kenyataan menteri yang menyelar pihak yang merakam perbualannya tanpa izin.

Menyifatkan perkara itu sebagai bahaya, Hamid berkata teknologi semasa membolehkan perkara itu menjadi kenyataan.

"Sekarang ini dah boleh dapat video dari bintang Marikh," katanya berseloroh.

Terdahulu hari ini, Hamzah mengakui suara dalam rakaman bocor itu memang miliknya, dan berkata ia berlaku pada tahun lepas.

Bagaimanapun, dia berkata tidak melakukan sebarang kesalahan dengan membangkitkan kedudukannya sebagai pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang menentukan tugasan pegawai polis.

“Cuma yang salahnya orang yang curi rakam perbualan saya, itu melakukan kesalahan,” kata Hamzah.

Hamzah Zainudin dan Abdul Hamid Bador

Hamid bagaimanapun berkata kritikannya kepada Hamzah - yang dibuatnya dalam sidang media terakhir petang ini - hanya merujuk kepada kenyataan menteri sebelum ini, bukan rakaman bocor itu.

Hamid tidak menyebut secara langsung kenyataan itu tetapi mengkritik keras campur tangan politik dan menteri dalam pasukan polis hari ini.

Dalam rakaman itu yang mula tersebar beberapa hari lalu, Hamzah antara lain menyatakan sokongan kepada seorang yang dirujuknya sebagai “budak kita”.

Because (kerana) dia budak kita, budak Perak, family (keluarga) semua kat sana and it will be very good for us (baik untuk kita),” katanya, dan menambah akan memilih siapa yang dia kenal.

“Saya beritahu dia you tak boleh ada choice, you hanya boleh bagi nama-nama -katalah lima orang - you let me know, we will decide.

Not for u to decide anymore like before. All ketua polis negeri dia tak boleh decide,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS