Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Audio bocor: ‘Memang suara saya, tapi apa salahnya?

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin hari ini mengaku bahawa rakaman suara bocor yang membincangkan pelantikan pegawai kanan polis sebagai benar.

Hamzah Zainuddin bagaimanapun berkata dia tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Saya rasa itu adalah suara yang benar oleh saya. Dan saya tak melakukan apa-apa kesalahan pun. Apa salahnya?

“Cuma yang salahnya orang yang curi rakam perbualan saya, itu melakukan kesalahan,” katanya.

Hamzah dalam rakaman itu antaranya menyatakan sokongan kepada seorang yang dirujuknya sebagai “budak kita”.

Because (kerana) dia budak kita, budak Perak, family (keluarga) semua kat sana and it will be very good for us (baik untuk kita),” katanya.

Dia berkata akan memilih siapa yang dia kenal.

“Saya beritahu dia you tak boleh ada choice, you hanya boleh bagi nama-nama -katalah lima orang - you let me know, we will decide.

Not for u to decide anymore like before. All ketua polis negeri dia tak boleh decide,” katanya.

Hamzah memberitahu wartawan bahawa rakaman audio berkenaan dibuat pada tahun lepas.

Ditanya sama ada dia akan membuat laporan polis, Hamzah berkata tiada keperluan untuknya berbuat demikian.

Katanya, apa yang lebih penting adalah mengenal pasti pihak membuat rakaman berkenaan.

"Saya menteri dalam negeri, jadi saya boleh lakukan dengan beberapa cara lain. Siapa yang rakam itu persoalannya, kita nak tahu itu dulu," katanya lagi.

Sementara itu, Hamzah berkata apa yang dilakukannya tidak bercanggah dengan peraturan.

"Saya pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), saya nak maklumkan dalam perlembagaan, pengerusi SPP merupakan suruhanjaya tertinggi yang menentukan tugasan pegawai-pegawai polis.

"Yang masalahnya ialah kalau saya nak suruh buat perkara di luar tanggungjawab saya itu masalahlah.

“Ini tak ada masalah pun. Yang anda rasa saya buat salah ni kenapa, saya tak salah pun," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS