Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kanak-kanak tiga tahun lemas lepas tergelincir di tali air

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun ditemui meninggal dunia akibat lemas dipercayai tergelincir di tali air Jambu Merah, Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Mangsa, Mohd Fufaz Wafi, ditemui anggota Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh yang bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan daripada orang ramai.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Zawawi Yusoff berkata, lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 4.32 petang.

“Setibanya di lokasi pada jam 4.56 petang, didapati mangsa sudah terapung dan timbul di permukaan air.

“Operasi menyelamat dilakukan dengan kekuatan lapan anggota bomba menggunakan tali menyelamat lalu mangsa dibawa ke daratan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambah Mohd Zawawi lagi, sejurus mangsa dibawa ke daratan, Bantuan Pernafasan Kecemasan (CPR) dilakukan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tetapi tidak berhasil.

“Selapas berjaya membawa mangsa ke atas daratan, CPR dilakukan bersama pihak KKM tetapi tidak berjaya dan mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 5.31 petang di lokasi kejadian,” jelasnya.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat. 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS