Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pelajar dedah lawak rogol guru dapat ugutan rogol dari rakan sekelas
Diterbitkan:  Apr 25, 2021 10:33 PM
Dikemaskini: Apr 26, 2021 12:07 AM

Pelajar berusia 17 tahun yang mendedahkan mengenai jenaka rogol yang didakwa dibuat oleh seorang guru lelaki di sebuah sekolah di Kuala Selangor pada Jumaat lalu, berkata dia menerima ancaman rogol daripada rakan sekelasnya.

"Ya, saya mendapat ancaman rogol dari salah seorang rakan sekolah lelaki saya di sekolah. Saya menangis," kata Ain Husniza Saiful Nizam di Twitter disertai tanda pagar #MakeSchoolASaferPlace

"Pelajar lelaki seperti dia adalah alasan mengapa saya terus berjuang, guru yang terus-menerus 'menjangkiti' pemikiran seperti itu kepada remaja lelaki perlu dibersihkan dari sistem pendidikan kita," tambahnya.

Ayahnya, Saiful Nizam, juga menyiarkan kenyataan di Facebook mengenai ancaman rogol yang diterima anak perempuannya, dengan mengatakan bahawa dia akan membuat laporan polis yang berasingan mengenai perkara ini.

Pada hari Sabtu, dia telah membuat laporan polis mengenai jenaka rogol yang dikatakan dibuat oleh guru lelaki itu.

"Nampaknya akan ada laporan seterusnya apabila anak dapat ugutan rogol dari rakan sekolahnya kerana tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku lebih lagi ia 'mencemar' nama baik sekolah.

"Nampak tak? Mereka tak setuju dan seterusnya ugut nak rogol! As simple as that. Biasalah tu kan? Mindset begini dikatakan 'biasa' dari banyak pandangan yang saya terima sama ada di WhatsApp, Facebook dan sebagainya," katanya.

Saiful berkata, dia menyokong penuh tindakan anak perempuannya dalam meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat umum mengenai kejadian yang melibatkan guru lelaki itu.

Tindakan anak perempuannya, katanya, tidak bertujuan untuk menggambarkan guru sebagai musuh, tetapi untuk memperbaiki sistem agar kejadian yang sama tidak akan terjadi pada orang lain.

"Isu ini telah dapat perhatian dari pelbagai pihak dan peringkat, moga ianya jadi satu lagi titik perubahan kepada kualiti pendidikan kita serta masyarakat yang sedang dibentuk untuk masa hadapan.

"Terima kasih pada semua yang mesej, komen dan share maklumat. Sangat-sangat saya hargai," katanya.

Laporan Sinar Harian memetik bahawa Saiful Nizam kini berasa berbelah bahagi untuk membiarkan anak perempuannya pergi ke sekolah seperti biasa pada hari Isnin ini, setelah dia mengetahui tentang ancaman rogol.

Ain mendakwa semalam bahawa seorang guru lelaki telah membuat jenakan mengenai rogol semasa kelas pendidikan jasmani dan kesihatan di mana para pelajar membincangkan gangguan seksual pada hari Jumaat, sehingga menimbulkan kemarahan yang meluas di media sosial.

Ain berkongsi perkara itu melalui platform media sosial TikTok, yang kemudiannya disiarkan semula di Twitter.

Ain mengatakan bahawa dia bercadang membuat aduan mengenai perkara itu pada hari Isnin.

Ayahnya Saiful dilaporkan mengatakan dia akan mendapatkan respons sekolah terlebih dahulu, sebelum mengajukan aduan kepada Kementerian Pendidikan, walaupun dia telah dinasihatkan oleh rakan-rakannya untuk terus mengajukan aduan rasmi.

"Pada hari Isnin, setelah pergi ke sekolah, saya akan pergi ke pergi pendidikan daerah untuk mendapatkan jawapan mereka," katanya.

Sementara itu, aktivis kanak-kanak Syed Azmi Alhabshi mengatakan bahawa adalah lebih baik bagi guru yang dituduh untuk memperbaiki diri dan belajar untuk menerangkan sesuatu dengan lebih baik, dan bukannya dikenakan tindakan keras.

"Kalau ikutkan sebenarnya, sekolah memang akan dapat nama baik jika sebarang penambahbaikan dijalankan.

"Saya tahu ramai suka selamatkan nama baik sekolah dan berharap semua ini dapat di selesaikam secara muafakat dalam sekolah sahaja.

"Saya rasa itu pasal kanak kanak ke kaunselor sekolah. Tapi ini tak memadai dalam memperbaiki cara.

"Kalau ikutkan sebenarnya, sekolah memang akan dapat nama baik jika sebarang penambahbaikan di jalankan.

"Saya tak rasa (dan tak pasti)- yang cikgu yang dituduh perlu tindakan keras, cukup memadai penambahbaikan dan perjelas maksud dan cara yang lebih baik," katanya.

Syed Azmi menambah bahawa perkara yang ditentang bukan individu, profesion, sekolah atau institusi.

Sebaliknya, jelasnya, ia adalah tingkah laku buruk, yang dapat diubah.

"Untuk pihak sekolah, mohon berlapang dada, masih ada ruang nak baiki jadi lebih baik.

"Untuk guru itu, saya pasti boleh guna taktik yang lebih baik untul elak salah faham, fitnah dan perasaan kurang senang.

"Untuk anak itu, anda set kan satu presedence yang mungkin menyelamatkan ramai kanak kanak lain seluruh Malaysia. Tahniah.

"Ini bukan pasal siapa betul atau salah ya, ini merupakan kebolehan access sistem keadilan semua pihak," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS