Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SMK Seremban ditutup seminggu lepas 17 orang positif Covid-19

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban 2 ditutup tujuh hari bermula hari ini sehingga 29 April berikutan 17 warganya disahkan positif Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata kesemua individu terbabit disahkan positif semalam selepas menjalani ujian saringan yang dijalankan Kementerian Kesihatan pada 20 April lepas.

“Susulan itu, pejabat kesihatan daerah meminta pejabat pendidikan daerah untuk menutup sekolah berkenaan dan ia telah dilaksanakan," katanya dalam kenyataan di Seremban hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Rafie berkata seramai 179 individu dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu dikuarantin di pusat kuarantin Institut Aminuddin Baki dan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Nilai selepas tiga warganya disahkan positif Covid-19.

Bagaimanapun, katanya keadaan terkawal dan sekolah berkenaan tidak ditutup.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS