Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Suspek utama dua video judi raya direman 4 hari

Suspek utama penghasilan video raya yang mempromosikan judi dalam talian direman selama empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata suspek berusia 35 tahun itu, yang dikenali sebagai Ah Hoe, ditahan bersama dengan empat individu lain semalam.

"Suspek terbabit yang terdiri daripada penyanyi dan komposer direman selama dua hari, juga bermula hari ini sehingga esok, bagi membantu siasatan kes," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Zainal berkata kesemua suspek telah berjaya dikesan semalam setelah diburu selama empat hari.

Secara keseluruhan, individu terbabit ditahan kerana penglibatan mereka dalam penghasilan video itu.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS