Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Semakan kehakiman Undi18 ditangguh ke 6 Mei
Diterbitkan:  Apr 19, 2021 12:51 PM
Dikemaskini: 4:51 AM

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 6 Mei depan untuk pendengaran semakan kehakiman Persatuan Pengundi Muda (Undi18) terhadap perdana menteri, kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pendengaran itu ditangguhkan bagi memberi peluang Undi18 menjawab bantahan awal Pejabat Peguam Negara.

Menurut Undi18, Pejabat Peguam Negara dalam bantahannya berkata permohonan persatuan itu "bertentangan dengan semangat pindaan perlembagaan yang semua undang-undang dan peraturan perlu diubah sebelum pendaftaran automatik pemilih dapat dilaksanakan”.

"Undi18 menegaskan bahawa sikap AG bertentangan dan tidak boleh digunakan untuk menangguhkan pelaksanaan penurunan had umur mengundi.

"Undi18 berpendapat bahawa pelaksanaan Pindaan terhadap Artikel 119 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan harus dilakukan terlebih dahulu.

"RUU Undi18 meliputi pindaan pada Artikel 119 Perlembagaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019," katanya.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS