Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 bagi 2021 capai rekod tertinggi
Diterbitkan:  Apr 17, 2021 4:51 PM
Dikemaskini: 9:29 AM

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia mencipta rekod terbaru pada tahun ini apabila lebih ramai orang dibenarkan kembali ke pejabat, sekolah, pusat membeli-belah, bazar Ramadan dan tempat-tempat awam lain.

Ini berlaku ketika program vaksinasi berlangsung lembap disebabkan bekalan vaksin yang terhad dan kadar pendaftaran masih rendah.

Berdasarkan angka yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM), kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt) semalam adalah 1.18 iaitu rekod terbaru bagi tahun ini.

Angka tersebut menunjukkan bahawa setiap 100 orang yang dijangkiti Covid-19, 118 lagi akan dijangkiti pada pusingan penularan seterusnya. Tempoh kitaran  adalah berbeza-beza tetapi secara umum dipercayai antara lima hingga sembilan hari.

Rt di atas 1.00 menunjukkan berlaku peningkatan terutamanya jika ia kekal berada di atas tahap itu dalam jangka masa tertentu. Kes jangkitan mungkin meningkat secara perlahan pada awalnya sebelum menaik dengan pantas selepas itu.

Kali terakhir Rt berada di bawah 1.00 adalah pada 7 April iaitu 0.98.

Malaysia mencatatkan 12,921 kes Covid-19 pada minggu lalu, atau purata 1,846 kes sehari.

Apabila Malaysia mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) kedua pada 11 Jan dan proklamasi darurat, negara ini mencatatkan 17,406 kes pada minggu sebelumnya (2,487 kes sehari) dengan Rt sebanyak 1.11.

https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2021/04/439b75d03a1515c722f81c4605e68e6c.jpg

Lebih ramai orang keluar rumah

Pada waktu itu, terdapat lebih banyak kes aktif disebabkan tempoh yang berpanjangan, menyebabkan sistem kesihatan berada pada tahap kritikal.

Apabila keadaan bertambah baik, kerajaan mulai melonggarkan sekatan di bawah prosedur operasi standard Covid-19 atas alasan ekonomi walaupun gelombang ketiga wabak itu belum reda sepenuhnya.

Baru-baru ini, bazar Ramadan juga dibenarkan beroperasi walaupun terdapat aduan berlaku kesesakan. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berjanji keadaan bazar akan lebih teratur pada minggu depan.

Data penjejakan telefon bimbit juga menunjukkan semakin ramai orang keluar dari rumah mereka sejak Februari, dan kini mencapai tahap seperti sebelum wabak itu melanda.

Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan di University of Washington, Seattle, sebelum ini menyatakan trend mobiliti di Malaysia mencapai dua peratus di bawah tahap pra-pandemik pada 31 Mac.

Ia menyemak semula anggaran semalam hingga 12 peratus di bawah tahap pra-pandemik, tetapi sekarang menunjukkan trend mobiliti kembali menaik ke tahap pra-pandemik pada 7 April. 

Ini adalah tahap tertinggi yang dicatatkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dikuatkuasakan pada 18 Mac tahun lalu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS