Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
K'jaan N Sembilan serah pada SPRM siasat isu pembalakan

Kerajaan Negeri Sembilan menyerahkan siasatan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu tender projek pembalakan di Lenggeng, dekat  Seremban yang didakwa tidak mengikut prosedur.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya tidak berkompromi mengenai hal tersebut dan akan sentiasa memberi kerjasama kepada SPRM.

"Bagaimanapun, kerajaan negeri berpendirian bahawa projek tersebut telah melalui proses perolehan tender yang telus dan teratur. Sehingga kini, kerja-kerja telah dijalankan mengikut peraturan ditetapkan," katanya.

Media tempatan hari ini melaporkan kerajaan Negeri Sembilan didesak menghentikan segera projek pengeluaran kayu balak seluas 500 hektar di kawasan Lenggeng berikutan statusnya yang kini didakwa masih dalam siasatan SPRM.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS