Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah benarkan perintah muflis Teresa Kok pada Azwanddin
Diterbitkan:  Apr 16, 2021 4:44 PM
Dikemaskini: 8:44 AM

Mahkamah Tinggi membenarkan perintah muflis terhadap Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Azwanddin Hamzah berikutan kegagalannya melunaskan pembayaran kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Kok mengatakan bahawa dia telah memulakan proses kemuflisan terhadap Azwanddin berhubung dengan ganti rugi yang belum dibayar yang diberikan kepadanya berkaitan dengan penyelesaian di luar mahkamah yang dicapai pada 28 Ogos 2019.

Kok telah mengemukakan saman fitnah terhadap Azwanddin atas ucapannya yang mendakwa bahawa bekas menteri industri utama itu mempunyai kepentingan peribadi dalam pertikaian tanah yang menyebabkan rusuhan pada November 2018 di Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield di USJ Subang Jaya, Selangor.

"Perkara itu diselesaikan di luar mahkamah dan keputusan persetujuan direkodkan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Yang Arif Rohani Ismail.

"Namun, Azwanddin telah gagal untuk menunaikan penghakiman itu dan hingga saat ini gagal membuat pembayaran penyelesaian," kata Kok.

Perintah muflis bertarikh 29 Mac ditandatangani oleh penolong pendaftar kanan Nurul Izzah Shaharuddin.

Pada bulan Oktober 2019, Azwanddin meminta maaf kepada Kok karena menuduh pemimpin DAP itu mempunyai hubungan dengan pemilik syarikat harta tanah One City Development, syarikat yang terlibat dalam pertikaian dengan Kuil Sri Maha Mariamman.

Azwanddin juga mengatakan bahawa dia akan membayar RM130,000 kepada Kok sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS