Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis cari penerbit, pelakon video promosi judi
Diterbitkan:  Apr 16, 2021 1:38 PM
Dikemaskini: 5:38 AM

Polis akan memanggil penerbit dan pelakon sebuah video hari raya yang mempromosikan syarikat perjudian atas talian.

“Mereka akan dikesan dan akan dipanggil untuk memberi keterangan,” kata Timbalan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah.

Dalam kenyataan sebentar tadi, Acryl Sani berkata kes disiasat bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan (memecahkan keamanan awam) dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi 1953.

Katanya video tular dua minit satu saat itu jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam.

“Orang ramai diingatkan agar tidak berkongsi atau menyebarkan video ini melalui media sosial bagi mengelakkan kegusaran awam,” katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS