Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kit Siang akan bertanding lagi dalam pemilihan DAP, ‘sedia kalah’
Diterbitkan:  Apr 15, 2021 12:20 PM
Dikemaskini: 4:44 AM

  • Dikemas kini dengan tambahan komen Najib Razak.

Veteran DAP Lim Kit Siang mengumumkan akan sekali lagi bertanding dalam pemilihan jawatankuasa pusat DAP dan bersedia berdepan kemungkinan “kalah”.

“Saya akan bertanding dalam pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat DAP Jun tahun ini dan bersedia kalah dalam pemilihan parti yang saya telah curahkan 55 tahun hidup saya untuk mencapai Cita-cita Malaysia,” katanya.

Bercakap kepada penyokong di sebuah galeri lukisan di Kuala Lumpur petang semalam, Lim bagaimanapun berkata dia tidak mengintai jawatan utama parti.

Dia juga menegaskan bahawa DAP tidak mendukung sebarang dasar “nyah-Cina, nyah-Melayu, nyah-India, nyah-Kadazan atau nyah-Iban”, sebaliknya memilih kepelbagaian identiti.

'Uncle dah 81 tahun, sindir Najib'

Sementara itu, mengulas isu yang sama, bekas perdana menteri Najib Razak memperlekeh kenyataan Lim, mengambil kira umurnya.

“Umur dah nak 81 tahun. (Lim) Kit Siang masih mahu bertanding lagi?

Uncle bukan pernah janji pada rakyat bahawa dia akan bersara dari politik sekiranya Mahathir tak serah jawatan PM kepada Anwar ke?” soalnya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

 Lim pada 10 Mei 2019, berkata dia sanggup bersara daripada politik sekiranya Dr Mahathir Mohamad tidak memberikan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Lim berkata beliau tidak suka membuat pertaruhan tetapi kali ini bersedia berundur daripada arena politik dan tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-15.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS