Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1,889 kes baru, jangkitan tertinggi dalam 40 hari
Diterbitkan:  Apr 14, 2021 4:30 PM
Dikemaskini: Apr 15, 2021 12:22 AM

Sebanyak 1,889 kes baru Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif jangkitan sebanyak 365,829 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Kes baru hari ini merupakan rekod jangkitan tertinggi sejak 40 hari lalu.

Ia juga terus menunjukkan trend peningkatan dalam tempoh dua hari terakhir, dengan kes harian semalam mencatat 1,767 jangkitan baru.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan lapan lagi korban Covid-19 direkod hari ini menjadikan jumlah kes kematian seramai 1,353 orang.

"Terdapat lapan kes kematian pada hari ini yang melibatkan lima kes di Sarawak dan masing-masing satu kes di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Sabah.

"Sebanyak tujuh kes melibatkan warganegara dan satu kes bukan warganegara.

"KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka," katanya.

Menurut Noor Hisham, seramai 204 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 79 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Kes tertinggi Selangor (517), Sarawak (489) dan Kelantan (226).

Status ringkas

  • Kes sembuh= 1,485
  • Jumlah kes sembuh= 347,780
  • Kes baharu positif= 1,889 (1,883 tempatan, 6 import)
  • Jumlah positif= 365,829
  • Kes kematian= 8
  • Jumlah kes kematian= 1,353
  • Kes dirawat di ICU= 204
  • Bantuan Alat Pernafasan= 79

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

  • Selangor - 517 (121,358)
  • Sarawak - 489 (21,448)
  • Kelantan - 226 (7,506)
  • Sabah - 142 (56,165)
  • WP KL - 134 (39,248)
  • Pulau Pinang - 92 (17,859)
  • Johor - 84 (42,526)
  • Perak - 56 (13,884)
  • Kedah - 53 (8,945)
  • Negeri Sembilan - 51 (17,697)
  • Terengganu - 14 (3,806) 
  • Pahang - 13 (4,579)
  • WP Putrajaya - 8 (1,254)
  • Melaka - 6 (6,797)
  • Perlis - 3 (342)
  • WP Labuan - 1 (2,415)

Rumusan kluster bagi 14 April 2021;

  • Kluster baharu: 7
  • Kluster tamat: 10
  • Kumulatif kluster aktif: 341
  • Kumulatif kluster tamat: 1,144
  • Jumlah kluster keseluruhan: 1,485


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS