Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bangladesh harap Malaysia main peranan penting selesai krisis Rohingya
Diterbitkan:  Apr 13, 2021 9:29 PM
Dikemaskini: 1:30 PM

Bangladesh berharap Malaysia akan memainkan peranan penting untuk membawa isu pelarian Rohingya ke peringkat Asean dan membantu Bangladesh mencapai penyelesaian jangka panjang terhadap krisis ini.

Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia Md Golam Sarwar berkata Malaysia adalah antara negara terawal membantu Bangladesh di awal krisis Rohingya tercetus pada 2017.

Beliau berkata Malaysia sentiasa menyokong Bangladesh dalam isu ini di pelbagai forum antarabangsa, termasuk pada Sidang Kemuncak Asean dan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Kami berterima kasih kepada kerajaan Malaysia atas usaha mereka dalam mendirikan hospital di Cox's Bazaar untuk memberikan bantuan perubatan kepada pelarian Rohingya.

“Kami juga menghargai sokongan moral yang diberikan Malaysia. Kami berharap Malaysia akan meneruskan usaha untuk membantu Myanmar sehingga mencapai persekitaran yang kondusif di Rakhine Utara untuk memastikan Rohingya yang dipaksa keluar dari Myanmar dapat pulang ke negeri asal mereka secepat mungkin,” katanya pada Program Ambassador Global Lecture anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada Isnin.

Beliau berkata Bangladesh telah menjadi tuan rumah kepada lebih 1.1 juta pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada keganasan di Myanmar pada 2017.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS