Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Amanah Perak berhasrat tanding 20 kerusi Dun

Parti Amanah Negara (Amanah) Perak berhasrat bertanding di 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Timbalan Pengerusinya Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin.

Beliau berkata pihaknya sedang berbincang bersama rakan seangkatan dari PKR dan DAP bagi pengagihan kerusi supaya dapat bertanding di 12 kerusi yang ditandingi sebelum ini, dan tambahan lapan lagi kerusi yang telah ditinggalkan oleh parti Bersatu.

"Di Perak ada 59 DUN, dan dahulu kita bahagi empat parti kerana ada Bersatu. Sekarang kita ada tiga sahaja kerana Bersatu sudah keluar (dari Pakatan Harapan).

"Proses perbincangan sedang berjalan dan dijangka tamat pada akhir bulan April ini," katanya kepada Bernama selepas pelancaran program Bengkel Online Your Business Masterclass oleh Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa di Rapat Jaya Tambahan hari ini.

Pada PRU14 lepas, Amanah Perak memenangi dua kerusi Parlimen (Parit Buntar, Lumut) daripada empat kerusi ditandingi selain merebut enam kerusi DUN (Titi Serong, Kamunting, Manjoi, Sungai Rapat, Pasir Panjang, Behrang) daripada 12 kerusi yang ditandingi.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS