Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Di sebalik resipi kari ayam dari dapur 'Hanayo'

Anggota Parlimen Segambut, Hannah Yeoh mempunyai cara kreatif untuk memujuk warga emas supaya mendaftar dalam program imunisasi Covid-19  yang dilihat masih kurang mendapat sambutan.

Sambil menyingsing lengan bajunya, ahli politik berusia 42 tahun itu menujukkan kemahiran memasak di Pusat Aktiviti Warga Emas Segambut yang terletak di Taman Kok Doh.

Di situ, Yeoh mengadakan kelas masakan dari 'Dapur Hanayo' di mana dia memasak kari ayam untuk seramai 80 orang yang hadir dan pada masa yang sama berkongsi resepinya kepada warga maya.

Namun program itu bukan saja-saja.

Mereka yang hadir perlu mengikuti sesi taklimat ringkas oleh wakil kementerian kesihatan mengenai program imunisasi Covid-19, kepentingannya dan hal-hal berkaitan.

Program itu turut disertai doktor dari KKM yang menjawab pertanyaan para peserta yang ingin tahu mengenai program imunisasi.

"Hari ini saya diminta untuk memasak, jadi saya membawakan program Dapur Hanayo secara langsung di sini. Semasa saya memasak, warga emas boleh berbincang dengan doktor KKM yang ada di sini untuk menjawab sebarang pertanyaan mereka.

"Kita harus kreatif untuk memastikan lebih ramai warga emas mendaftar untuk mendapatkan vaksin Covid-19," katanya semasa program yang disiarkan melalui Facebook Live.

Menurut Yeoh, mereka berjaya mendaftarkan 25 orang warga emas secara sukarela di penghujung program.

"Saya merasakan bahawa warga emas perlu merasa selesa mengenai vaksinasi," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya mengenai acara itu.

Pemimpin DAP itu juga menyatakan penghargaan kepada KKM kerana kesediaan menghantar doktor untuk memberikan penerangan kepada peserta.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada KKM kerana telah menghantar doktor yang boleh bertutur dalam pelbagai bahasa untuk bercakap,  menjawab segala masalah yang mereka hadapi, tidak kira betapa kecilpun suara mereka."

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS