Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1,854 kes baru, pecah rekod di Sarawak
Diterbitkan:  Apr 9, 2021 3:49 PM
Dikemaskini: 10:27 AM

Sebanyak 1,854 jangkitan baru Covid-19 direkodkan setakat tengah hari tadi menjadikan jumlah kes aktif kini sebanyak 14,805, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Sarawak mendahului kes harian tertinggi dengan 555 kes, diikuti Selangor (403 kes) dan Pulau Pinang (176).

Daripada jumlah keseluruhan jangkitan baru yang dilaporkan, sebanyak 1,834 kes merupakan penularan tempatan manakala 20 lagi merupakan kes import.

Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak lima lagi kematian direkodkan melibatkan tiga kes di Sarawak dan masing-masing satu kes di Kuala Lumpur dan Sabah.

Ini menjadikan angka korban kini meningkat kepada 1,313 orang.

Menurutnya lagi, sebanyak 169 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 79 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu terdapat tujuh kluster baru telah dikenal pasti melibatkan empat kluster tempat kerja dan tiga kluster komuniti.

Sementara itu seramai 1,247 pesakit telah sembuh dengan jumlah keseluruhan mereka yang pulih akibat wabak itu kini adalah seramai 341,489 orang.

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

  • Sarawak - 555 (19,262)
  • Selangor - 403 (119,105)
  • Sabah - 139 (55,539)
  • Johor - 103 (42,160)
  • WP KL - 135 (38,663)
  • Negeri Sembilan - 40 (17,486)
  • Pulau Pinang - 176 (17,349)
  • Perak - 29 (13,675)
  • Kedah - 40 (8,707)
  • Kelantan - 143 (6,850)
  • Melaka - 34 (6,698)
  • Pahang - 19 (4,485)
  • Terengganu - 29 (3,679)
  • WP Labuan - 3 (2,405)
  • WP Putrajaya - 6 (1,209)
  • Perlis - 0 (335)


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS