Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gagal letak jawatan lepas keluar parti, Warisan saman Adun Sebatik

Warisan telah memfailkan saman terhadap Hassan A Gani Pg Amir kerana gagal meletak jawatan sebagai Adun Sebatik selepas meninggalkan parti itu.

Kenyataan Warisan memaklumkan bahawa writ saman dan penyataan tuntutan telah diserahkan oleh Tetuan Liau Kee Siong & Co, yang mewakili parti itu, kepada Hassan di kediamannya di Taman Fulliwa di Kota Kinabalu pada 3.35 petang semalam.

Writ itu menamakan Setiausaha Agung Warisan Loretto Padua Jr sebagai plaintif bagi pihak parti tersebut.

Antara lain, Warisan memohon perintah mahkamah untuk memaksa Hassan, yang memutuskan hubungan dengan parti itu pada 25 Feb lepas, memenuhi obligasi surat peletakan jawatan sebagai Adun Sebatik yang telah ditandatanganinya sebelum ini.

Dia menang kerusi DUN Sebatik semasa PRN Sabah pada September tahun lepas atas tiket Warisan.

Pada Isnin lepas, Hassan telah menyerahkan borang keahlian bagi menyertai Bersatu semasa majlis sambutan ulang tahun kedua parti itu.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS