Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MKN bincang benarkan individu divaksin rentas negeri - Ismail Sabri

Cadangan membenarkan perjalanan rentas negeri kepada mereka yang telah melengkapkan dos kedua suntikan vaksin akan dibincang secara terperinci dalam mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata setakat ini belum ada perbincangan menyeluruh untuk 'kelebihan' atau 'insentif' (kebenaran merentas dalam dan luar negeri) bagi mana-mana pihak yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka.

"Jadi saya rasa (mungkin) ramai orang yang akan mendaftar vaksin (sekiranya itu dijadikan syarat untuk merentas dalam dan luar negeri). Sekarang ini ramai yang (ambil pendekatan) tunggu dan lihat.

“Kalau boleh sebegitu (kebenaran rentas negeri selepas suntikan vaksin dos kedua), ramai yang akan mendaftar," katanya selepas melancarkan Tarantula sebagai nama kereta perisai mobiliti tinggi 4X4 (HMAV4x4) pertama Malaysia di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Sungai Besi, di Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata individu yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 mungkin dibenar untuk merentas negeri malah mereka juga mungkin boleh ke luar negara.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS