Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Indonesia bukan negara Islam, kata naib presidennya
Diterbitkan:  Apr 2, 2021 4:23 PM
Dikemaskini: 8:31 AM

Naib presiden Indonesia Ma’ruf Amin berkata kerukunan antara agama di republik itu harus dijaga, antaranya dengan menghormati kepelbagaian rakyat dan perpaduan nasional.

Menegaskan Pancasila sebagai dasar negara, Ma’ruf mengingatkan Indonesia bukan negara Islam.

"Saya ingin menegaskan kembali bahawa walaupun Indonesia merupakan negara berpenduduk majoriti Muslim, bahkan yang terbesar di dunia, namun Indonesia bukanlah negara Islam,” tutur Ma'ruf seperti dilaporkan Tempo.

Ma’ruf berkata demikian sempena sambutan Good Friday dan Hari Easter yang disambut penganut Kristian.

Berucap di atas talian daripada Jakarta, Ma'ruf berkata kesepakatan hidup berdampingan dengan rukun sesama penganut pelbagai agama di Indonesia harus dijaga dan dirawat.

"Kita wajib menjaga dan merawat kesepakatan nasional itu, antara lain dengan menghormati kebhinnekaan (kepelbagaian) yang ada dengan menjaga persatuan nasional.

“Kebhinnekaan kita merupakan asas, kekayaan sekali gus kekuatan kewujudan negara dan bangsa Indonesia,” katanya yang juga bekas pemimpin kanan Nahdatul Ulama - pertubuhan Islam terbesar di dunia.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS