Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PAS Kelantan akan terus berusaha ke arah perdamaian antara Umno dengan Bersatu, kata Pesuruhjaya PAS Negeri Ahmad Yakob.

Menurutnya, ia selaras dengan pendirian parti seperti yang ditegaskan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

“Kita mengikut pendirian yang ditetapkan oleh presiden kita. Kita tetap mengusahakan perdamaian,” katanya dalam sidang media selepas perasmian Sambutan Hari Ulangtahun Radio Televisyen Malaysia ke-75 di Kota Bharu di Kelantan hari ini.

Ahmad berkata demikian ketika ditanya mengenai pendirian PAS Kelantan selepas Umno membuat keputusan secara rasmi tidak akan meneruskan kerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umu (PRU) ke-15.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pada masa ini adalah penting untuk semua pihak menumpukan usaha membina semula negara.

“Ini untuk kebaikan ummah, perpaduan, kerjasama, toleransi, khususnya hari ini kita sedang menghadapi pandemik.

“Kita berilah keutamaan untuk menyelesaikan masalah Covid-19 ini,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS