Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Protes Undi 18: Polis soal siasat Ambiga, 3 MP Jumaat ini

Polis akan memanggil sekurang-kurangnya tiga wakil rakyat dan seorang aktivis pada hari Jumaat ini berhubung protes isu Undi 18 di luar Parlimen pada hujung minggu.

Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik dan aktivis veteran Ambiga Sreenevasan mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa mereka akan disoal siasat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi pada hari Jumaat jam 2.30 petang.

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah dan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh juga memuat naik kenyataan di Twitter bahawa mereka telah dipanggil untuk disoal siasat pada hari yang sama.

Semalam, polis menyoal lapan ahli politik mengenai kes sama.

Sabtu lalu, lebih 100 orang berkumpul di luar Parlimen untuk menuntut kerajaan menepati janji menurunkan usia minimum pengundi kepada 18 tahun serta melaksanakan pendaftaran pengundi automatik menjelang Julai tahun ini.

Ia susulan pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa pelaksanaan Undi 18 akan ditangguhkan hingga September tahun depan.

Pilihan raya umum ke-15 dispekulasikan akan diadakan pada bulan Ogos tahun ini sebaik pengisytiharan darurat tamat.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS