Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
P’raya kampus UPM guna aplikasi telefon, pertama di Malaysia
Diterbitkan:  Mar 30, 2021 5:36 PM
Dikemaskini: 9:36 AM

Universiti Putra Malaysia (UPM) mengguna pakai aplikasi telefon pintar dalam pilihan raya kampus hari ini, menjadikannya pusat pengajian tinggi pertama menggunakan pendekatan itu di Malaysia.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM Dr Arifin Abdu berkata aplikasi yang dinamakan Putra Voting dibangunkan khas oleh Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) mereka.

“Pembangunan aplikasi Putra Voting adalah Inisiatif Pendigitalan Kampus Pintar UPM yang dirangka melalui Pelan Strategik Putra Hepa 2021-2023 dan UPM merupakan universiti pertama yang menggunakan aplikasi telefon pintar (Putra Voting) di Malaysia,” katanya.

Dalam kenyataan hari ini, Arifin berkata, sistem itu digunakan pakai selari dengan norma baru bagi mencegah Covid-19 di Malaysia.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS