Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jangkitan baru kembali atas 1,000 kes
Diterbitkan:  Mar 30, 2021 4:45 PM
Dikemaskini: 9:42 AM

Sebanyak 1,133 jangkitan baru Covid-19 dilaporkan hari ini, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini selepas semalam kes harian mencatatkan 941 jangkitan baru, angka terendah untuk tahun ini.

Dr Noor Hisham berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini sebanyak 14,199.

Sementara itu, lima lagi kematian direkod menjadikan jumlah korban seramai 1,265 orang.

Seramai 161 pesakit sedang dirwat di ICU dengan 76 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Selangor terus mendahului kes harian tertinggi dengan 401 jangkitan baru.

Status ringkas:

  • Kes sembuh= 1,148
  • Jumlah kes sembuh=328,554
  • Kes baru positif=1,133 (1,125 tempatan, 8 import)
  • Jumlah positif=344,018
  • Kes kematian=5
  • Jumlah kes kematian=1,265
  • Kes dirawat di ICU=161
  • Bantuan Alat Pernafasan=76

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

  • Selangor - 401 (115,417)
  • Sabah - 41 (54,698)
  • Johor - 96 (41,169)
  • WP KL - 53 (37,778)
  • Negeri Sembilan - 39 (17,236)
  • Sarawak - 153 (16,214)
  • Pulau Pinang - 194 (15,869)
  • Perak - 44 (12,935)
  • Kedah - 41 (8,398)
  • Melaka - 6 (6,501)
  • Kelantan - 44 (6,193)
  • Pahang - 16 (4,230)
  • Terengganu - 2 (3,591)
  • WP Labuan - 1 (2,320)
  • WP Putrajaya - 1 (1,140)
  • Perlis - 1 (329).

[Berita penuh menyusul]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS