Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jangan berkasar terhadap rakan kita, kata Hadi
Diterbitkan:  Mar 30, 2021 8:03 AM
Dikemaskini: 12:04 AM

PAS membawa agenda perpaduan ummah bagi menghalang perpecahan yang kini merupakan masalah dihadapi umat Islam, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi berkata demikian sehari selepas Umno membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu.

"Ummah yang dimaksudkan ialah umat Islam dan juga kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem. Inilah agenda perpaduan kita.

"Maka jangan kita berkasar terhadap rakan kita. Sebaliknya kita mesti menjalinkan hubungan bersaudara dan berukhuwah sesama kita.

"Jangan pula kita menjadi sebab berlakunya perpecahan. Bersabar dan jadilah pendamai," katanya dalam satu catatan di Facebook semalam.

Ahli Parlimen Marang itu tidak menyebut secara khusus siapa yang dimaksudkannya dalam mesej tersebut.

Namun kenyataan Abdul Hadi itu hadir selepas perhimpunan agung Umno baru-baru ini memutuskan bahawa parti itu tidak akan meneruskan kerjasama dengan Bersatu.

Perwakilan Umno juga menyerahkan kepada kepemimpinan tertinggi parti untuk memutuskan bilakah ia akan menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional.

Abdul Hadi hadir dalam perhimpunan itu tetapi enggan menjawab pertanyaan media ketika ditanya mengenai ucapan dasar Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mengenai keputusan menamatkan kerjasama dengan Bersatu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS