Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes baru bawah 1,000, terendah untuk tahun ini
Diterbitkan:  Mar 29, 2021 4:52 PM
Dikemaskini: 10:02 AM

  • Dikemas kini dengan carta dan laporan penuh.

Sebanyak 941 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini.

Angka ini adalah yang terendah untuk tahun ini. 

Sementara itu, kali terakhir kes harian bawah angka 1,000 ialah pada 9 Disember 2020.

Hanya empat negeri mencatat tiga angka untuk kes baru, iaitu Selangor (219 kes), Sarawak (192) Johor (171) dan Pulau Pinang (164).

Beberapa negeri dan Wilayah Persekutuan mencatat angka bawah 10 kes, iaitu:

  • Melaka (8)
  • Pahang (5)
  • Perak (5)
  • Terengganu (4)
  • Putrajaya (1)
  • Labuan (1)

Perlis terus dilaporkan tiada kes baru.

Status terkini:

Kes sembuh: 1,097
Jumlah kes sembuh: 327,406

Kes baharu positif: 941 (933 tempatan, 8 import)
Jumlah positif: 342,885

Kes kematian: 5
Jumlah kes kematian: 1,260

Kes dirawat di ICU: 166
Bantuan alat pernafasan: 73

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS