Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: Kenapa mesej PM dan KKM 'bercanggah', soal Kit Siang
Diterbitkan:  Mar 27, 2021 3:09 PM
Dikemaskini: 7:09 AM

Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang mempersoalkan apa yang disifatkannya sebagai mesej bercanggah antara Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai pandemik Covid-19.

Dia menyatakan bahawa Muhyiddin hari ini mengatakan bahawa kerajaan sedang mengkaji kemungkinan untuk membenarkan perjalanan rentas negeri semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri pada bulan Mei.

Namun, Lim menyatakan kenyataan itu hadir hanya sehari setelah Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memberikan peringatak tentang lengkung jangkitan yang mula menunjukkan kenaikan.

"Mengapa masih ada komunikasi dan pemesejan yang bercanggah tentang pandemik Covid-19 - menunjukkan adanya kakistokrasi?

"Sebenarnya, ini adalah contoh tepat menunjukkan bahawa setelah lebih satu tahun pandemik Covid-19 dan mengalami salah satu gelombang Covid-19 terpanjang di dunia, Malaysia masih tidak mempunyai pendekatan 'keseluruhan kerajaan' dan 'keseluruhan masyarakat' untuk perang melawan pandemi Covid-19," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Kementerian Kesihatan, kadar kebolehjangkitan telah meningkat dari 0.85 pada 12 Mac kepada 1.0 pada 25 Mac.

Kadar kebolehjangkitan 0.85 bermaksud untuk setiap 100 pesakit Covid-19, mereka menjangkiti 85 yang lain.

Pada kadar 1.0, ini bermaksud pertempuran kita melawan Covid-19 kini sudah stagnan dan kemungkinan kembali buruk jika angka itu terus meningkat.

Sekiranya kadar kebolehjangkitan meningkat di atas 1.0, kes Covid-19 baru akan meningkat mendadak.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS