Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1,275 jangkitan baru, satu lagi korban
Diterbitkan:  Mar 26, 2021 5:56 PM
Dikemaskini: 11:37 AM

Sebanyak 1,275 jangkitan baru dilaporkan hari ini, menjadikan kes kumulatif positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 339,443 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Seorang lagi korban direkod manakala wabak ini telah meragut keseluruhan sebanyak 1,249 nyawa.

"Kes kematian pada hari ini melibatkan satu kes warganegara di Selangor.

"KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga beliau," kata Noor Hisham pada satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, seramai 161 pesakit sedang dirawat di ICU manakala 70 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini 14,269 kes, katanya.

Dr Noor Hisham berkata Selangor terus mendahului jangkitan harian tertinggi dengan 478 kes, diikuti Sarawak (213 kes) dan Pulau Pinang (137 kes).

Sementara itu, katanya 13 lagi kluster dikesan hari ini melibatkan 11 kluster di tempat kerja dan dua kluster komuniti iaitu Kluster Batu Gong di Sarawak dan Kluster Pengkalan Nangka Tumpat di Kelantan.

Kluster di tempat kerja melibatkan Kluster Taman Brick, Kluster Jalan Gemilang Sukan dan Kluster Jalan Sungai Chat di Johor; Kluster Tapak Bina Sungai Emas dan Kluster Tapak Bina Jalan Atmosphere (Selangor);Kluster Persiaran Cassia Selatan dan Kluster Lebuhraya Kampung Jawa (Pulau Pinang); Kluster Sawit Sebrang dan Kluster Kolam Lintas (Sabah) serta Kluster Paya Bemban di Kelantan dan Kluster Lorong Desa Senadin di Sarawak.

“Pertambahan kluster baru menjadikan jumlah kluster di Malaysia sebanyak 1,335 dengan 393 daripadanya masih aktif manakala 14 kluster diisytiharkan tamat hari ini,” jelasnya.

Status ringkas:

  • Kes sembuh= 1,509
  • Jumlah kes sembuh=323,925
  • Kes baru positif=1,275 (1,243 tempatan, 32 import)
  • Jumlah positif=339,443
  • Kes kematian=1
  • Jumlah kes kematian=1,249
  • Kes dirawat di ICU=161
  • Bantuan Alat Pernafasan=70

Pecahan kes baru (1,275):

Selangor

  • 101 kluster sedia ada
  • 27 kluster baharu (Tapak Bina Jalan Atmosphere dan Tapak Bina Sungai Emas)
  • 261 saringan kontak rapat
  • 75 lain-lain saringan
  • 14 import

Sarawak

  • 20 kluster sedia ada
  • 21 kluster baharu (Batu Gong dan Lorong Desa Senadin)
  • 127 saringan kontak rapat
  • 40 lain-lain saringan
  • 5 import

Pulau Pinang

  • 6 kluster sedia ada
  • 45 kluster baharu (Persiaran Cassia Selatan dan Lebuhraya Kampung Jawa)
  • 49 saringan kontak rapat
  • 37 lain-lain saringan

Johor

  • 33 kluster sedia ada
  • 27 kluster baharu (Jalan Gemilang Sukan, Taman Brick dan Jalan Sungai Chat)
  • 41 saringan kontak rapat
  • 19 lain-lain saringan

Kuala Lumpur

  • 18 kluster sedia ada
  • 34 saringan kontak rapat
  • 21 lain-lain saringan
  • 13 import

Kelantan

  • 30 kluster sedia ada
  • 6 kluster baharu (Paya Bemban dan Pengkalan Nangka Tumpat)
  • 40 saringan kontak rapat
  • 10 lain-lain saringan

Sabah

  • 1 kluster sedia ada
  • 14 kluster baharu (Kolam Lintas dan Sawit Sebrang)
  • 28 saringan kontak rapat
  • 8 lain-lain saringan

Perak

  • 11 kluster sedia ada
  • 3 kluster baharu (Persiaran Cassia Selatan)
  • 4 saringan kontak rapat
  • 10 lain-lain saringan

Kedah

  • 10 kluster sedia ada
  • 12 saringan kontak rapat
  • 5 lain-lain saringan

Melaka

  • 16 kluster sedia ada
  • 1 saringan kontak rapat
  • 2 lain-lain saringan

Negeri Sembilan

  • 4 kluster sedia ada
  • 6 saringan kontak rapat
  • 2 lain-lain saringan

Pahang

  • 3 kluster sedia ada
  • 1 saringan kontak rapat
  • 2 lain-lain saringan

Labuan

  • 1 kluster sedia ada
  • 3 saringan kontak rapat
  • 1 lain-lain saringan

Terengganu

  • 1 kluster sedia ada
  • 1 saringan kontak rapat
  • 1 lain-lain saringan

Putrajaya

  • 2 kluster sedia ada
  • Perlis
  • 2 lain-lain saringan


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS