Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Upko: Tak boleh adakan PRU selagi tak buat Undi 18
Diterbitkan:  Mar 26, 2021 1:46 PM
Dikemaskini: 5:46 AM

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak boleh memohon Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat dan seterusnya mengadakan pilihan raya umum selagi Undi 18 tidak dilaksanakan, kata Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko).

Memetik kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa mereka yang berusia 18 hingga 20 tahun hanya berjumlah 1.2 juta, Setiausaha Agung Upko, Nelson W Angang berkata SPR seolah-olah memberi gambaran ia merupakan jumlah yang tidak besar.

“Mungkin bagi pihak suruhanjaya ia jumlah yang kecil namun dengan jumlah tersebut ia juga boleh memberi impak yang besar terhadap keputusan pilihan raya umum.

“Seperti yang dilihat oleh seluruh rakyat Malaysia, dalam kerajaan persekutuan sekarang ini, dengan hanya sokongan daripada seorang ahli parlimen sahaja boleh memberikan kesan besar terhadap legitimasi kerajaan Perikatan Nasional,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata persiapan pelaksanaan Undi 18 terjejas oleh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Abdul Ghani berkata ia hanya boleh dilaksanakan selepas 1 September 2022 setelah menilai semula pelbagai kekangan dan isu yang telah menjejaskan perancangan dan persiapan awal SPR.

Pada masa sama, Nelson menolak sekiranya kerajaan menggunakan alasan kestabilan untuk mengadakan pilihan raya tanpa pelaksanaan Undi 18.

Katanya, negara akan menghadapi krisis perlembagaan dan ketidakstabilan yang lebih serius dengan tuntutan-tuntutan kes-kes yang akan dibawa ke mahkamah bagi mencabar kesahihan dan legitimasi keputusan PRU.

Tambahnya, SPR juga perlu berdepan dengan masalah yang lebih serius di Sabah iaitu isu pendatang tanpa izin (PTI) yang mendapat kad pengenalan dan kewarganegaraan melalui cara yang tidak sah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS