Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1,360 kes baru, dua lagi kematian
Diterbitkan:  Mar 25, 2021 5:14 PM
Dikemaskini: 10:58 AM

Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 1,360 kes baru jangkitan Covid-19 hari ini.

Selangor masih merekodkan jumlah jangkitan tertinggi, namun menunjukkan penurunan apabila sebanyak 356 kes baru dilaporkan, berbanding 490 kes semalam.

Sementara itu, terdapat peningkatan kes di Sarawak apabila sebanyak 308 kes baru Covid-19 direkodkan berbanding 141 kes semalam.

Angka berkenaan dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi akaun Twitternya.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan dua lagi kematian direkodkan, menjadikan angka korban akibat wabak berkenaan adalah sebanyak 1,248.

Sementara itu seramai 157 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 72 individu memerlukan bantuan pernafasan.

KKM juga memaklumkan terdapat lapan kluster baru dikenal pasti pada hari ini  melibatkan tujuh kluster tempat kerja dan satu kluster komuniti.

Kluster berkenaan ialah kluster Persiaran Maktab, Selangor; klsuter Bandar Sri, Kuala Lumpur; kluster Paloh Rambai, Kelantan; kluster Perusahaan LPK, Kedah; kluster Merinding, WP Labuan, kluster Putra Satu, WP Putrajaya; kluster Tenegang, Sabah dan kluster Siasai Tamu, Sabah (komuniti).

Sebanyak 1,491 pesakit sembuh sepenuhnya, menjadikan jumlah mereka yang pulih daripada penyakit berkenaan adalah seramai 322,416 orang.

Pecahan kes baru mengikut negeri:

  • Selangor (356)
  • Sarawak (308)
  • Johor (129)
  • Pulau Pinang (113)
  • Kuala Lumpur (98)
  • Perak (71)
  • Sabah (70)
  • Kelantan (63)
  • Negeri Sembilan (49)
  • Kedah (44)
  • Melaka (32)
  • Pahang (10)
  • Putrajaya (8)
  • Terengganu (6)
  • Labuan (3)
  • Perlis (0) 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS