Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1,384 jangkitan baru, enam lagi kematian
Diterbitkan:  Mar 23, 2021 5:51 PM
Dikemaskini: 10:28 AM

Sebanyak 1,384 jangkitan baru Covid-19 dilaporkan hari ini, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Jelasnya, enam lagi kematian direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan korban wabak ini seramai 1,244 orang.

"Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing dua kes di Sarawak dan Selangor serta masing-masing satu kes di Kelantan dan Johor.

"Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka," kata Noor Hisham pada satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan kini 14,454 kes.

Noor Hisham berkata seramai 148 pesakit sedang dirawat di ICU, dengan 62 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, katanya 1,058 kes sembuh menjadikan jumlah terkumpul pesakit sembuh sebanyak 319,842 kes.

Menurutnya lagi, Selangor terus mendahului kes harian baru tertinggi sebanyak 625 kes (45.2 peratus), diikuti oleh Johor sebanyak 161 kes (11.6 peratus) dan Sarawak sebanyak 140 kes (10.1 peratus).

Tiga lagi kluster baru dikesan melibatkan tempat kerja hari ini, katanya. 

Status ringkas:

  • Kes sembuh= 1,058
  • Jumlah kes sembuh=319,842
  • Kes baru positif=1,384 (1,375 tempatan, 9 import)
  • Jumlah positif=335,540
  • Kes kematian=6
  • Jumlah kes kematian=1,244
  • Kes dirawat di ICU=148
  • Bantuan Alat Pernafasan=62

Kes mengikut negeri:

  • Selangor (625)
  • Johor (161)
  • Sarawak (140)
  • Pulau Pinang (100)
  • Kelantan (65)
  • Kuala Lumpur (64)
  • Sabah (60)
  • Kedah (51)
  • Melaka (45)
  • Pahang (38)
  • Labuan (14)
  • Negeri Sembilan (10)
  • Terengganu (7)
  • Perak (4)
  • Putrajaya (0)
  • Perlis (0)

[Berita penuh menyusul]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS