ESEI FOTO | Seperti negara lain Malaysia meraikan sambutan Hari Hutan Antarabangsa pada 21 Mac lalu.
Di sebalik sambutan itu ada mesej yang lebih penting untuk difahami semua: semakin hari semakin banyak hutan pupus akibat menjadi mangsa pembangunan.
Selain hutan simpanan kekal berskala besar seperti taman negara, kita juga ada hutan simpanan yang lebih sederhana dan wujud di antara himpitan pemodenan.
Ia merupakan hutan-hutan yang dibuka untuk kegiatan rekreasi, menghirup udara segar, menimba ilmu selain menghilangkan tekanan daripada kesibukan kota.
Di Selangor, ada Hutan Komuniti Shah Alam (SACF) yang terletak di Seksyen U10 yang bersambung dengan Hutan Simpan Bukit Cerakah yang secara diwartakan oleh British pada 1909.
Hutan seluas 1.114 ekar itu menjadi tempat rekreasi yang terkenal bagi penduduk di sekitar Klang dan Shah Alam. SACF merupakan satu-satunya kawasan berbukit berhampiran pesisir Selangor.
Kini SACF berdepan isu ditempatkan sebagai kawasan pembangunan komersial dan tanah perkuburan yang ditentang oleh banyak kumpulan pencinta alam sekitar.