Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis: Pasangan berbulan madu beri alasan palsu rentas negeri
Diterbitkan:  Mar 22, 2021 1:30 PM
Dikemaskini: 5:30 AM

Sepasang suami isteri yang berbulan madu dituduh melanggar larangan rentas negeri.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Ashari Abu Samah, pasangan itu membuat alasan palsu untuk membuat perjalanan rentas negeri.

"Pihak polis telah menjalankan siasatan secara menyeluruh setelah wujud keraguan berdasarkan keterangan yang diberikan oleh pasangan tersebut kepada pihak polis pada 20 Mac 2021.

"...Hasil siasatan pihak polis mendapati pasangan ini memberikan keterangan palsu berkaitan alasan memohon kebenaran rentas negeri. Pasangan ini telah membuat persiapan awal dengan membuat tempahan hotel lebih awal secara atas talian pada bulan Disember 2020 untuk menyambut ulang tahun perkahwinan pada 17 Mac 2021," kata Ashari.

Sekiranya didapati bersalah, mereka akan didenda RM10,000 di bawah Seksyen 22(d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ( Akta 342 ).

Ashari menggesa orang ramai untuk tidak menyalahgunakan kelonggaran yang diberikan oleh pihak berkuasa.

"Dalam usaha memerangi penularan Covid-19 ini, semua individu seharusnya memainkan peranan masing-masing dan bekerjasama dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagaimana yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya.

Menurut Sinar Harian, pasangan itu meminta izin untuk melakukan perjalanan dari ibu pejabat polis daerah Wangsa Maju.

Namun, setelah gambar bulan madu mereka tersebar dalam talian, mereka dipanggil untuk disoal siasat.

Ketika ini, peraturan di bawah PKP membenarkan pasangan yang tinggal berjauhan untuk berkunjung satu sama lain, dengan izin polis.

Namun, dalam kes ini, pasangan itu kelihatan telah melakukan perjalanan bersama dari Kuala Lumpur ke destinasi percutian di Johor.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS