Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1,576 kes baru, rekod tertinggi di Sarawak
Diterbitkan:  Mar 19, 2021 5:23 PM
Dikemaskini: 10:59 AM

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 1,576 kes baru Covid-19 yang dilaporkan hari ini.

Berbeza dengan sebelumnya, Sarawak menjadi negeri dengan kes baru tertinggi dengan 407 kes, disusuli Selangor dengan 348 kes. Pulau Pinang pula negeri ketiga tertinggi, dengan 182 kes.

Ia juga merupakan angka kes baru tertinggi yang dilaporkan di Sarawak setakat ini.

Sebelum ini, kes baru tertinggi di negeri itu adalah 361 kes pada 4 Mac.

Sebahagian besar kes baru di Sarawak berkaitan dengan Kluster Depot Imigresen Semuja yang dikenal pasti semalam. Terdapat 146 kes baru daripada kluster itu hari ini.

Sebanyak 18.9 peratus daripada kes hari ini (298 kes) berkaitan dengan kluster penjara dan depot tahanan Imigresen.

Maklumat utama kes Covid-19 hari ini:

  • Kes sembuh: 1,996
  • Kes aktif: 14,360
  • Pesakit di Unit Rawatan Rapi: 151
  • Pesakit perlukan bantuan pernafasan : 57
  • Kematian: 2

Dua kematian yang dilaporkan hari ini melibatkan seorang lelaki berusia 71 tahun yang meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh. Pesakit ini turut mengidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan buah pinggan kronik.

Pesakit kedua pula lelaki berusia 55 tahun yang meninggal dunia di Hospital Sibu. Pesakit ini bagaimanapun tidak mengidap penyakit lain.

12 kluster baru

Dalam pada itu, KKM memaklumkan terdapat 12 lagi kluster baru yang dikenal pasti hari ini, melibatkan 10 kluster tempat kerja dan dua kluster pusat tahanan.

Pada masa sama, 13 lagi kluster diisytihar tamat, menjadikan jumlah kluster aktif setakat ini kepada 427 kluster.

Jumlah kes baru mengikut negeri:

  • Sarawak (407)
  • Selangor (348)
  • Pulau Pinang (182)
  • Kuala Lumpur (175)
  • Johor (137)
  • Perak (100)
  • Melaka (54)
  • Kelantan (52)
  • Negeri Sembilan (41)
  • Sabah (33)
  • Kedah (25)
  • Pahang (13)
  • Terengganu (6)
  • Labuan (2)
  • Putrajaya (1)
  • Perlis (0)


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.


 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS