Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1,213 kes baru, 3 kematian
Diterbitkan:  Mar 18, 2021 5:22 PM
Dikemaskini: 10:43 AM

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 1,213 kes baru Covid-19 yang dilaporkan setakat tengah hari ini.

Sebanyak 71.7 peratus kes baru melibatkan warga tempatan (1,207 kes) manakala baki 28.3 peratus warga asing (341 kes).

Selangor kekal sebagai negeri dengan kes baru tertinggi dengan 353 kes, disusuli Sarawak (303 kes) dan Johor (142 kes).

Tiada kes dilaporkan di Putrajaya dan Perlis.

Maklumat utama kes Covid-19 hari ini:

  • Kes sembuh: 1,503
  • Kes aktif: 14,782
  • Pesakit di Unit Rawatan Rapi: 155
  • Pesakit perlukan bantuan pernafasan : 54
  • Kematian: 3

Tiga pesakit yang meninggal dunia hari masing-masing di Sarawak, Sabah dan Kelantan.

Ketiga-tiganya merupakan warga tempatan berusia 59 tahun ke atas.

Salah seorang korban, iaitu wanita berusia 59 tahun yang meninggal dunia di Hospital Sibu di Sabah tidak mengidap sebarang penyakit kronik lain.

 

9 kluster baru

KKM turut mamaklumkan terdapat sembilan kluster baru yang dikenal pasti hari ini.

Sebanyak 10 kluster pula diisytihar tamat, menjadikan jumlah kluster aktif pada masa ini kepada 428.

Berikut adalah perincian sembilan kluster baru:

Kluster Tapak Bina Persiaran Setia

  • Daerah: Petaling, Selangor
  • Lokasi / Sumber: Tapak bina di Persiaran Setia Alam, Shah Alam
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 17 Mac, saringan bersasar pekerja
  • Jumlah kes setakat ini: 18 daripada 100 yang disaring

Kluster Tapak Bina Persiaran Sunsuria

  • Daerah: Sepang, Selangor
  • Lokasi / Sumber: Tapak bina di Persiaran Sunsuria, Sepang
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 14 Feb, saringan bersasar pekerja
  • Jumlah kes setakat ini: 11 daripada 410 yang disaring

Kluster Jalan Wawasan Sembilan

  • Daerah: Batu Pahat dan Kluang, Johor
  • Lokasi / Sumber: Kilang di Jalan Wawasan 9, Kawasan Perindustrian Sri Gading, Batu Pahat
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 12 Mac, saringan bersasar pekerja
  • Jumlah kes setakat ini: 50 daripada 568 yang disaring

Kluster Melamam

  • Daerah: Sipitang, Sabah
  • Lokasi / Sumber: Pusat pendidikan di Kampung Melamam, Sipitang
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 14 Mac, saringan sebelum masuk wad
  • Jumlah kes setakat ini: 14 daripada 164 yang disaring

Kluster Jalan Asuhan

  • Daerah: Kerian, Perak
  • Lokasi / Sumber: Pasar raya dekat Jalan Asuhan, Parit Buntar
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 16 Mac, saringan individu bergejala
  • Jumlah kes setakat ini: 12 daripada 100 yang disaring

Kluster Sungai Atap

  • Daerah: Meradong, Sarawak
  • Lokasi / Sumber: Sungai Atap di Bintangor, Meradong
  • Kategori kluster: Komuniti
  • Kes pertama: 6 Mac, saringan prapekerjaan
  • Jumlah kes setakat ini: 19 daripada 148 yang disaring

Kluster Kampung Padang Tembak

  • Daerah: Keningau, Sabah
  • Lokasi / Sumber: Kampung Padang Tembak, Keningau
  • Kategori kluster: Komuniti
  • Kes pertama: 8 Mac, saringan sebelum rentas negeri
  • Jumlah kes setakat ini: 21 daripada 216 yang disaring

Kluster Bunga Tanjung Bendahara

  • Daerah: Kota Setar dan Kuala Muda, Kedah
  • Lokasi / Sumber: Jalan Tanjung Bendahara, Alor Setar
  • Kategori kluster: Komuniti
  • Kes pertama: 15 Mac, saringan individu bergejala
  • Jumlah kes setakat ini: 10 daripada 46 yang disaring

Kluster Depot Imigresen Semuja

  • Daerah: Serian, Sarawak
  • Lokasi / Sumber: Depot Imigresen Semuja, Serian
  • Kategori kluster: Pusat tahanan
  • Kes pertama: 18 Mac, saringan bersasar
  • Jumlah kes setakat ini: 99 daripada 584 yang disaring


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS