mk-logo
Berita
Tentera Myanmar ambil alih dana yayasan amal Soros
Diterbitkan:  Mar 17, 2021 4:10 PM
Dikemaskini: 8:10 AM

GLOBAL | Tentera Myanmar ambil alih akaun berkaitan dengan badan amal jutawan kelahiran Hungary, warga Amerika Syarikat, George Soros, kerana didakwa membiayai penentang rampasan kuasa, lapor Sputnik memetik media tempatan pada Selasa.

Open Society Foundation (OSF) telah beroperasi di Asia Tenggara sejak 1994, membiayai aktivisme selama bertahun-tahun pemerintahan tentera.

Peruntukannya pada 2020 adalah AS$4.6 juta.

Media rasmi Global New Light of Myanmar melaporkan tentera mengumumkan menguasai akaun badan amal itu bernilai AS$3.81 juta di empat bank swasta.

OSM dituduh gagal mendapatkan kelulusan bank pusat untuk deposit sebanyak AS$5 juta yang dibuatnya dengan Bank Pembangunan SME kendalian kerajaan pada 2018.

Sejumlah AS$1.4 juta telah ditukar dengan mata wang tempatan dan mengeluarkan wang tunai seminggu selepas rampasan kuasa 1 Februari.

Jumaat lalu, pegawai kewangan OSM ditahan untuk disoal siasat ekoran kebimbangan wang tunai itu akan digunakan untuk membiayai gerakan antikudeta.

Sebelas pegawai lain, termasuk pengerusi dan naib pengerusi badan amal itu, menjadi individu dikehendaki kerana disyaki membantu pembangkang.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS