Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin membayangkan penganjuran bazar Ramadan pada tahun ini mungkin dibenarkan, dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih kemas dan efisien.

Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak lama lagi, dengan kementeriannya sekali lagi akan meneliti SOP apabila bermesyuarat dengan MKN.

“Saya lihat tidak ada masalah, sebab pasar dan pasar malam sudah dibuka. InsyaAllah boleh dilaksanakan (bazar Ramadan),” katanya selepas melancarkan Aplikasi Robotik Kecerdasan Buatan bersama-sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin di Pasar Ayam Amanjaya, di Perak hari ini.

Sebelum ini Wilayah Persekutuan dan kerajaan Negeri Sembilan, yang merupakan kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB), pada dasarnya bersetuju membenarkan penganjuran bazar Ramadan tahun ini, namun masih menunggu keputusan muktamad daripada MKN.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pula dilaporkan telah telah menerima 1,600 permohonan berniaga untuk bazar Ramadan dan hanya menunggu kebenaran daripada kerajaan negeri yang juga mendapat nasihat daripada MKN.

Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS