Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1,208 kes baru, tiga lagi kematian
Diterbitkan:  Mar 15, 2021 5:56 PM
Dikemaskini: 12:31 PM

Jangkitan baru Covid-19 hari ini merekodkan penurunan dengan 1,208 kes, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 324,971 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula, katanya kini sebanyak 15,511 kes.

Kes sembuh hari ini lebih tinggi berbanding jangkitan baru, sebanyak 1,973 kes manakala jumlah kumulatif pulih 308,247 kes.

Sementara itu, Noor Hisham berkata tiga lagi kematian direkod, dengan jumlah korban kini mencecah 1,213 orang.

"Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing satu kes di Selangor, Johor dan Sarawak.

"Kes kematian ini melibatkan dua warganegara dan satu bukan warganegara.

"KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Seramai 155 pesakit sedang dirawat di ICU manakala 70 kes memerlukan bantuan pernafasan, jelasnya.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, Selangor melaporkan kes harian baru tertinggi sebanyak 379 kes (31.4 peratus), diikuti oleh Sarawak sebanyak 251 kes (20.8 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 142 kes (11.8 peratus).

Sementara itu, katanya 13 kluster baru dikenal pasti hari ini, dengan 12 melibatkan tempat kerja dan satu kluster keagamaan.

Kluster tempat kerja ialah kluster Sungai Puloh, Batu Tiga Lama dan Perusahaan Amari di Selangor; Jalan Mega Lima, Jalan Delima dan Batu 19 di Johor; Jalan Tanjung di Sarawak; Industri Gunung Mas di Negeri Sembilan; Jalan Lapan Belas di Kuala Lumpur; Tapak Bina Meha di Kedah; Kampung Air Batang di Pahang dan Chendering Height di Terengganu.

Kluster keagamaan pula melibatkan kawasan di Jalan Sekerat, Kedah.

Dr Noor Hisham juga berkata 819 kluster telah tamat termasuk enam kluster hari ini iaitu kluster Jalan Tropicana, Pengkalan Teras, Jalan Perindustrian Getah, Lengkok Pantai, Tabong dan Jalan Niaga.

“Jumlah kluster aktif adalah sebanyak 431 kluster manakala kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini ialah kluster Tanjung Suria dan Ladang Bukit masing-masing dengan 29 kes dan kluster Jalan Mega Lima (22 kes),” jelasnya.

Perincian kes mengikut negeri:

Selangor: 379 kes

  • 65 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Perusahaan Amari, Kluster Sungai Puloh, dan Kluster Batu Tiga Lama;
  • 268 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
  • 43 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sarawak: 251 kes

  • 60 kes daripada kluster-kluster, termasuk 18 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Jalan Tanjung;
  • 142 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 49 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pulau Pinang: 142 kes

  • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;45 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 89 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Johor: 118 kes

  • 41 kes daripada kluster-kluster, termasuk 33 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Jalan Mega Lima, Kluster Jalan Delima, dan Kluster Batu 19;
  • 29 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
  • 46 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Negeri Sembilan: 80 kes

  • 25 kes daripada kluster-kluster, termasuk 21 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Industri Gunung Mas;
  • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 43 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 61 kes

  • Enam (6) kes daripada kluster baru iaitu Kluster Jalan Lapan Belas;
  • 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
  • 14 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Terengganu: 39 kes

  • 34 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) daripada kluster baru iaitu Kluster Chendering Height;
  • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Perak: 37 kes

  • 27 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sabah: 29 kes

  • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kedah: 27 kes

  • 12 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Tapak Bina Meha dan Kluster Jalan Sekerat;
  • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 11 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kelantan: 25 kes

  • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada;
  • 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pahang: 17 kes

  • 14 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Kampung Air Batang; dan
  • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Melaka: Dua (2) kes

  • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
  • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Perlis: Tiada kes.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS