Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1,354 kes baru: Jangkitan di KL paling rendah sejak 3 Dis
Diterbitkan:  Mar 14, 2021 5:09 PM
Dikemaskini: 11:47 AM

Sebanyak 1,354 jangkitan baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah kes terkumpul sebanyak 323, 763 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan kini 16,279 kes, katanya.

Sementara itu, jelasnya, terdapat empat lagi kematian direkodkan hari ini, menjadikan jumlah korban seramai 1,210 hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham semua korban hari ini melibatkan lelaki warga tempatan berumur sekitar 27 ke 87 tahun dengan masing-masing menghidap penyakit kronik.

Seramai 158 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 71 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Selangor mendahului jangkitan harian tertinggi dengan 577 kes.

Dalam pada itu, berdasarkan makluman KKM, terdapat 55 kes harian sahaja dicatat di Kuala Lumpur hari ini, antara angka kes jangkitan harian terendah sepanjang tempoh gelombang ketiga Covid-19 di seluruh negara.

Kali terakhir Kuala Lumpur merekodkan kes harian terendah pada 3 Disember 2020 dengan 49 kes.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata terdapat tiga kluster baru dikenal pasti dalam tempoh 24 jam lalu melibatkan dua kluster tempat kerja dan satu kluster komuniti

“Kluster tempat kerja melibatkan Jalan Tun Mutalib Tiga di Johor dan Kluster Jalan Sutera di Selangor, manakala kluster komuniti pula dikesan di Sarawak iaitu Kluster Begalak,” jelasnya.

Ini, katanya menjadikan jumlah kluster yang aktif setakat ini ialah sebanyak 424 dengan 64 daripadanya mencatatkan pertambahan kes hari ini.

Jumlah kluster yang telah tamat pula ialah 813 kluster termasuk lima yang tamat hari ini, katanya.

Status ringkas:

  • Kes sembuh=1,782
  • Jumlah kes sembuh=306,274
  • Kes baharu positif=1,354 (1,340 tempatan, 14 import)
  • Jumlah positif=323,763
  • Kes kematian=4
  • Jumlah kes kematian=1,210
  • Kes dirawat di ICU=158
  • Bantuan Alat Pernafasan=71


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS