Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Perlis catat kadar kebolehjangkitan tinggi 1.71

Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian untuk seluruh negara hari ini berada di tahap 0.85, dengan Perlis mencatat Rt tertinggi pada 1.71.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik yang dikongsikan di akaun Twitter beliau memaklumkan, Pulau Pinang merekodkan nilai Rt kedua tertinggi iaitu pada 1.03.

Negeri lain yang mencatat bacaan di bawah satu ialah Sarawak (0.97), Selangor, Putrajaya, Terengganu masing-masing 0.95, Melaka (0.89), Sabah (0.88), Johor (0.86), Labuan (0.85), Kelantan (0.81), Kuala Lumpur dan Pahang (masing-masing 0.79), Kedah (0.76), Perak (0.64) serta Negeri Sembilan (0.61).

Semalam, kes baharu positif pandemik COVID-19 kekal empat angka dengan 1,575 kes, selain tiga kematian dilaporkan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS