Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1,575 kes baru, 3 lagi kematian
Diterbitkan:  Mar 12, 2021 6:13 PM
Dikemaskini: 11:17 AM

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 1,575 kes baru Covid-19 setakat tengah hari ini.

Daripada jumlah itu, lebih separuh kes (54.8 peratus) dilaporkan di Lembah Klang, disusuli dengan Sarawak (11 peratus), Johor (8.6 peratus) dan Pulau Pinang (8.4 peratus).

Dalam pada itu, terdapat 25 kes baru dilaporkan di Perlis hari ini.

Maklumat utama:

  • Kes sembuh: 2,042
  • Kes aktif: 17,074
  • Pesakit dalam ICU:147
  • Pesakit dengan bantuan pernafasan: 67
  • Kematian: 3

Tiga kes kematian masing-masing dilaporkan di Sabah, Selangor dan Kuala Lumpur, melibatkan seorang pesakit berusia 59 tahun dan dua pesakit 69 tahun.

Seorang daripadanya, yang merupakan lelaki warga asing berusia 59 tahun, dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz di Cheras, Kuala Lumpur hanya setelah meninggal dunia.

Perincian kes kematian boleh didapati di laman penjejak Covid-19 Malaysiakini.

5 kluster komuniti baru

KKM turut memaklumkan 10 lagi kluster baru dikenal pasti hari ini.

Lima kluster baru dalam katergori tempat kerja dan lima lagi dalam kategori komuniti.

Dalam pada itu, sebanyak 10 lagi kluster diisytiharkan tamat, menjadikan kluster aktif setakat ini sebanyak 440 kluster.

Salah satu kluster baru, iaitu Kluster Jalan Laksamana di Manjung, Perak, membayangkan kaitan dengan tentera laut. Kluster ini telah tersebar di seluruh negara, termasuk di Sabah.

Perincian kluster baru adalah seperti berikut:

  • Kluster Jalan Tempua
  • Daerah: Hulu Selangor
  • Lokasi / Sumber: Jalan Tempua 1A, Taman Bestari, Hulu Langat
  • Kategori kluster: Komuniti
  • Kes pertama: 7 Mac, saringan individu bergejala
  • Jumlah kes setakat ini: 7 daripada 21 yang disaring

Kluster Jalan Industri Dua

  • Daerah: Gombak, Selangor
  • Lokasi / Sumber: Kilang di Jalan Industri 2/1, Rawang
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 12 Mac, saringan bersasar pekerja
  • Jumlah kes setakat ini: 18 daripada 29 yang disaring

Kluster Jalan Kunci Air

  • Daerah: Gombak dan Hulu Selangor
  • Lokasi / Sumber: Jalan Kunci Air, Simpang 3, Gombak
  • Kategori kluster: Komuniti
  • Kes pertama: 1 Mac, saringan individu bergejala
  • Jumlah kes setakat ini: 18 daripada 205 yang disaring

Kluster Jalan Main Bazaar

  • Daerah: Sri Aman, Sarawak
  • Lokasi / Sumber: Jalan Main Bazaar, Kampung Hulu, Sri Aman
  • Kategori kluster: Komuniti
  • Kes pertama: 2 Mac, saringan prapembedahan
  • Jumlah kes setakat ini: 12 daripada 133 yang disaring

Kluster Sena

  • Daerah: Miri dan Subis, Sarawak
  • Lokasi / Sumber: Lorong Sena 1A, Lutong, Miri
  • Kategori kluster: Komuniti
  • Kes pertama: 25 Feb, saringan individu bergejala
  • Jumlah kes setakat ini: 61 daripada 166 yang disaring

Kluster Buloh Pasi

  • Daerah: Meradong, Sarawak
  • Lokasi / Sumber: Sungai Buloh di Bintangor, Meradong
  • Kategori kluster: Komuniti
  • Kes pertama: 20 Feb, saringan prapekerjaan
  • Jumlah kes setakat ini: 21 daripada 267 yang disaring

Kluster Jalan Pelepas Dua

  • Daerah: Johor Bahru
  • Lokasi / Sumber: Jalan Pelepas 2/3, Tanjung Pelepas, Johor Bahru
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 9 Mac, saringan bersasar pekerja
  • Jumlah kes setakat ini: 12 daripada 50 yang disaring

Kluster Bayan Lepas

  • Daerah: Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang
  • Lokasi / Sumber: Lintang Bayan Lepas 6, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, Barat Daya
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 25 Feb, saringan bersasar pekerja
  • Jumlah kes setakat ini: 59 daripada 687 yang disaring

Kluster Jalan Laksamana

  • Daerah: Manjung dan Kuala Kangsar di Perak, LEmbah Pantai dan Kepong di Kuala Lumpur, Kota Belud di Sabah, Bachok di Kelantan, Kuala Nerus di Terengganu
  • Lokasi / Sumber: Manjung, Perak
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 3 Mac, saringan rentas negeri
  • Jumlah kes setakat ini: 23 daripada 59 yang disaring

Kluster Ladang Bukit

  • Daerah: Marang, Dungun, Kuala Terengganu dan Kemaman di Terengganu
  • Lokasi / Sumber: Ladang Bukit Tengah, Kerteh, Kemaman
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 10 Mac, saringan individu bergejala
  • Jumlah kes setakat ini: 15 daripada 157 yang disaring



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS