Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Fahmi Reza disiasat atas tuduhan fitnah Adham Baba
Diterbitkan:  Mar 10, 2021 4:20 PM
Dikemaskini: 8:20 AM

Artis grafik, Fahmi Reza memberitahu dia sedang disiasat polis atas tuduhan fitnah berhubung dua karikatur yang merujuk kepada Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba.

Menulis di Twitter setelah disoal siasat oleh polis Putrajaya, Fahmi berkata dia disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Aku dituduh memfitnah Kementerian Kesihatan dengan karya grafik sindiran aku (Adham). Aku akan lawan tuduhan ini," ciapnya.

Malaysiakini telah menghubungi pihak polis untuk mendapatkan pengesahan mengenai siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Semalam Fahmi dilaporkan disiasat berhubung karikatur yang merujuk kepada Adham.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Mohd Fadzil Ali mengesahkan siasatan dijalankan berikutan dua laporan polis yang dibuat oleh pegawai Kementerian Kesihatan pada Oktober lalu.

Karikatur yang disiar pada 3 Oktober itu memperolokkan Adham dengan merujuk kenyataan menteri itu pada Mac tahun yang sama apabila mengatakan air suam boleh mencegah jangkitan Covid-19.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS