Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PH gesa k’jaan, kembalikan program sarapan percuma pelajar
Diterbitkan:  Mar 10, 2021 1:38 PM
Dikemaskini: 5:38 AM

Jawatankuasa pembangkang menggesa kerajaan supaya mengembalikan Program Sarapan Percuma (PSP) untuk semua murid di seluruh negara akibat dampak penularan pandemik Covid 19 terhadap perkembangan nutrisi anak-anak dan sosio-ekonomi keluarga.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH) Dr Maszlee Malik, yang juga adalah anggota parlimen Simpang Renggam berkata, program tersebut akan memberi faedah kepada ibu-bapa dan pengusaha kantin sekolah.

PSP dilaksanakan okeh Maszlee sejak menjadi menteri pendidikan pada tahun 2019. Ia bertujuan untuk membekalkan makanan nutrisi kepada pelajar tanpa mengirq status sosio-ekonomi.

Bagaimanapun, pada awal tahun 2020, perdana menteri pada ketika itu, Dr Mahathir Mohamad mengecilkan skop program tersebut kepada pelajar sekolah dari keluarga B40.

Ia sepatutnya dilancarkan pada Januari tahun lalu di 100 sekolah dan ia akan diangkat menjadi Program Penambahbaikan Rancangan Makanan Tambahan (PPRMT).

Menteri pendidikan sekarang, Radzi Jidin, berkata, dia akan mengkaji keperluan program tersebut.

Namun, setakat ini masih tiada perkembangan berhubung perkata tersebut. Sekolah juga tutup tahun lalu ekoran wabak Covid-19.

Bagaimanapun, menerusi Belanjawan 2021, peruntukan RMT telah meningkat daripada RM271.3 juta kepada RM298.9 juta. Sekolah kini dibuka semula secara berperingkat.

Menerusi satu kenyataan, jawatankuasa pembangkang itu turut menyatakan, ekoran wabak Covid-19, hampir 70 peratus murid tidak mengambil sarapan ketika sesi persekolahan.

Mereka menjelaskan, terdapat juga beberapa laporan dari Unicef, dan Khazanah Research Institute yang mendedahkan bahawa, terdapat ramai kanak-kanak Malaysia yang kekurangan zat makanan.

“PSP akan menjadi sebuah program intervensi untuk memastikan semua murid mendapat sarapan berkhasiat sepanjang tahun tanpa mengira latar belakang sosio-ekonomi mereka.

“PSP juga akan memberi manfaat kepada lebih dari 2.4 juta keluarga miskin di seluruh negara yang sebahagiannya adalah warga M40 yang hari ini telah jatuh menjadi warga B40 akibat wabak ini.

Tambahnya, terdapat 70,000 pengusaha kantin juga akan mendapat manfaat dari program ini kerana kebanyakan mereka hanya bergantung kepada penjualan makanan kepada murid sekolah sebagai punca pendapatan utama.

Selain Maszlee, jawatankuasa termasuk bekas menteri pendidikan Teo Nie Ching (DAP), Anggota Parlimen Tampin Hasan Baharom (Amanah), Anggota Parlimen Tuaran Wilfred Madius Tangau (Upko), Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda), Anggota Parlimen Kubang Pasu Amiruddin Hamzah (Pejuang) dan Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan). 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS