Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ismail: Dasar bekerja dari rumah dikekalkan
Diterbitkan:  Mar 9, 2021 7:39 PM
Dikemaskini: 11:39 AM

Dasar bekerja dari rumah (BDR) untuk sektor awam dan swasta akan tetap berkuat kuasa, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.

Dasar itu dikekalkan meskipun negara mula melihat situasi penularan Covid-19 semakin terkawal.

"Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam turut dimaklumkan bahawa dasar BDR bagi perkhidmatan awam dan industri di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) masih lagi terpakai walaupun semua negeri kini di bawah PKPB dan PKPP.

"Kehadiran pegawai ke pejabat bagi kawasan PKPB adalah pada tahap maksimum 30 peratus, PKPP pada tahap optimum dan boleh beroperasi sepenuhnya.

"Bagaimanapun ianya masih tertakluk kepada ketua jabatan untuk melaksanakan arahan ini mengikut kesesuaian cara kerja masing-masing," katanya pada sidang media hari ini.

[Laporan penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS