Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tindakan undang-undang yang dibuat oleh Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk didaftarkan sebagai ahli politik akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 April ini.

"Semakan kehakiman (Pejuang) untuk (permohonan) penangguhan adalah pada 1 April," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Menurut Rafiquw, salinan kertas kausa permohonan itu telah diambil dari mahkamah dan akan diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada Isnin minggu depan.

Pada 1 Mac lalu, Pejuang dilaporkan memfailkan tindakan undang-undang kedua dalam usahanya untuk didaftarkan sebagai parti politik secara rasmi.

Ia menyasarkan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin yang didakwanya gagal membuat sebarang keputusan berhubung permohonan pendaftarannya.

Terdahulu, Pejuang membuat rayuan kepada Hamzah terhadap keputusan ROS yang menolak permohonan pendaftaran mereka pada 6 Jan lalu.

Pada Disember lalu, Pejuang juga telah memohon semakan kehakiman untuk untuk memaksa ROS membuat keputusan berhubung status pendaftaran parti itu.

Bagaimanapun, permohonan itu ditarik balik selepas ROS mengumumkan menolak permohonan pendaftaran mereka.

Pejuang yang diasaskan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ditubuhkan pada Ogos lalu.

Ia selepas Mahathir, anaknya Mukhriz serta beberapa lagi dipecat Bersatu kerana enggan duduk di bahagian kerajaan ketika sidang Parlimen.

Dalam semakan kehakiman kali ini, Pejuang antara lain memohon perintah mandamus agar Hamzah mengarahkan ROS untuk memuktamadkan pendaftarannya sebagai parti politik, dalam masa tujuh hari selepas mahkamah membuat keputusan.

Ia juga memohon perintah mandamus agar Hamzah memberikan keputusan berhubung permohonannya terhadap langkah ROS untuk menolak pendaftaran mereka.

Selain itu, ia juga memohon pengisytiharan bahawa dakwaan kegagalan Hamzah untuk membuat keputusan berhubung surat rayuan bertarikh 8 Januari yang dihantar kepadanya adalah bersamaan dengan pelanggaran tugas statutorinya mengikut Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966.

Pejuang juga memohon pengisytiharan yang dakwaan pelanggaran tugas statutori tersebut "melanggar permintaannya yang sah, dan bersifat tidak munasabah, berniat buruk serta usaha untuk menafikan hak perlembagaannya dalam kebebasan bepersatuan dan/atau hak perlembagaannya untuk bertanding menggunakan logo sendiri dalam PRU".

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS