Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Berdebar sedikit sebelum suntik saja, kata MB Kelantan

Mengetuai pelancaran program vaksinasi Covid-19 Pfizer-BioNTech, Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob mengakui ada sedikit perasan berdebar dialami sebelum menerima suntikan itu.

Perasaan itu kata Ahmad dialami kerana sebelum ini diberitahu ada pelbagai versi vaksin tersebut untuk disuntik kepada penduduk negara ini.

"Sebaik menerima vaksin, saya boleh katakan tidak sakit dan tak rasa apa-apa pun, suntikan ini biasa sahaja.

"Jadi, saya nak bagitahu orang ramai supaya jangan takut untuk menerima suntikan berkenaan," katanya pada sidang media selepas pelancaran Program Imunisasi Covid-19 peringkat negeri, di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.

Ahmad menjadi individu pertama daripada 48 individu yang dijadual menerima suntikan pada majlis tersebut disusuli timbalannya Mohd Amar Abdullah, exco kerajaan negeri dan petugas barisan hadapan.

Selain itu, Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat dan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam negeri Zainuddin Hussin turut menerima suntikan pada program tersebut.

Sementara itu Ahmad berkata, seramai 21,645 petugas barisan hadapan akan menerima suntukan vaksin fasa pertama yang berlangsung sehingga akhir April ini.

Ketua Polis Kelantan antara pegawai kanan polis yang menerima vaksin hari ini

"Daripada jumlah itu, 1,416 orang akan terima vaksin sehingga Khamis ini dengan menggunakan Dewan Teratai di Kota Darulnaim.

"Insya-Allah saya menyeru rakyat kita seramai 1.2 juta, kalau 70 peratus rakyat yang menerima vaksin kita akan lebih selamat daripada jangkitan Covid-19," katanya.

Tambah Ahmad, selepas ini barisan wakil rakyat akan menerima suntikan vaksin itu daerah seluruh negeri.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS