Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19 ragut 9 lagi nyawa, catat 2,437 kes baru
Diterbitkan:  Feb 28, 2021 6:18 PM
Dikemaskini: 12:12 PM

Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini melaporkan 2,437 kes Covid-19 baru dan sembilan lagi kematian akibat wabak itu.

Jumlah kes kumulatif setakat ini 300,752 dan melibatkan 1,130 korban.

Dua daripada kes baru merupakan kes import, selebihnya merupakan jangkitan tempatan.

Bagi kes jangkitan tempatan, 1,226 adalah melibatkan rakyat Malaysia sementara 1,209 melibatkan bukan warganegara.

Hari ini juga kes kumulatig Covid-19 kumulatif di Malaysia melepasi angka 300,000.

Selangor kekal sebagai penyumbang kes baru terbesar dengan 914 kes, diikuti Johor (340), Kuala Lumpur (337) dan Perak 287.

Unit rawatan rapi (ICU) kini menempatkan 202 kes dengan 93 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 3,251 pesakit sembuh dan dibenarkan pulang.

Kes mengikut negeri:

Selangor (914)

Johor (340)

Kuala Lumpur (337)

Perak (287)

Sarawak (171)

Sabah (134)

Pulau Pinang (105)

Negeri Sembilan (65)

Kelantan (33)

Kedah (13)

Terengganu (12)

Pahang (11)

Melaka (10)

Putrajaya (3)

Labuan (2)

Tidak ada kes baru Covid-19 yang dilaporkan di Perlis hari ini.

Kluster

Sebanyak 491 daripada 1,138 kluster Covid-19 masih aktif, dan daripada jumlah itu 89 kluster menyumbang kepada jangkitan baru yang dilaporkan hari ini.

Pada masa sama tiga kluster dinyatakan selesai dan sembilan kluster baru dikesan.

Kluster yang dinyatakan selesai adalah Kluster Jalan Rami Tiga, Lingkaran Maluri dan Sri Plentong.

Bagi kkluster baru pula, masing-masing empat di Johor, tiga di Selangor dan satu di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Perinciannya adalah seperti berikut:

KLuster Jalan Timah Tiga

Daerah: Johor Bahru, Johor

Lokasi / Sumber: Sebuah kilang di sepanjang Jalan Timah 3, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang

Kategori kluster: Tempat Kerja

Kes pertama: 21 Feb.

Jumlah yang dijangkiti: 31 daripada 255 disaring


Kluster Jalan Tanjung Empat

Daerah: Johor Bahru, Johor

Lokasi / Sumber: Sebuah kilang di sepanjang Jalan Tanjung A / 4, Gelang Patah

Kategori kluster: Tempat Kerja

Kes pertama: 23 Februari

Jumlah yang dijangkiti: 28 daripada 66 disaring


Kluster Jalan Desa Tropika

Daerah: Johor Bahru, Johor

Lokasi / Sumber: Sebuah kilang di sepanjang Jalan Desa Tropika 1/1, Taman Perindustrian Tropika

Kategori kluster: Tempat Kerja

Kes pertama: 28 Februari

Jumlah yang dijangkiti: 10 daripada 21 disaring


Kluster Batu Empat

Daerah: Batu Pahat, Johor

Lokasi / Sumber: Sebuah kilang di Batu 4, Jalan Kluang

Kategori kluster: Tempat Kerja

Kes pertama: 22 Februari

Jumlah yang dijangkiti: 8 daripada 55 disaring


Kluster Jalan Bukit

Daerah: Hulu Langat, Selangor

Lokasi / Sumber: Sebuah kilang di Kawasan Perusahaan Bukit Angkat, Kajang

Kategori kluster: Tempat Kerja

Kes pertama: 28 Februari

Jumlah yang dijangkiti: 262 dari 699 disaring


Kluster Industri Waja

Daerah: Kuala Langat, Selangor

Lokasi / Sumber: Sebuah kilang di sepanjang Jalan Waja 16, Kawasan Perindustrian Telok Panglima Garang

Kategori kluster: Tempat Kerja

Kes pertama: 26 Februari

Jumlah yang dijangkiti: 45 dari 248 disaring


Kluster Jalan Selisik

Daerah: Petaling, Selangor

Lokasi / Sumber: Sebuah kilang di sepanjang Jalan Selisik, Shah Alam

Kategori kluster: Tempat Kerja

Kes pertama: 1 Februari

Jumlah yang dijangkiti: 17 daripada 32 disaring


Kluster tapak pembinaan Bukit Kiara

Daerah: Kepong, Kuala Lumpur

Lokasi / Sumber: Tapak pembinaan di sepanjang Jalan Bukit Kiara 1

Kategori kluster: Tempat Kerja

Kes pertama: 25 Februari

Jumlah yang dijangkiti: 181 daripada 250 disaring


Kluster Jalan Sungai Baong

Daerah: Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang

Lokasi / Sumber: Sebuah kilang di sepanjang Jalan Sungai Baong, Kawasan Perindustrian Perabot

Kategori kluster: Tempat Kerja

Kes pertama: 24 Februari

Jumlah yang dijangkiti: 40 daripada 93 disaring

 



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS