Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Salahuddin: Tak manis parti komponen PH terima penyertaan Adun Amanah
Diterbitkan:  Feb 27, 2021 10:13 PM
Dikemaskini: 2:20 PM

Bagi Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub, tidak manis untuk PKR menerima tiga lagi Adunnya, berdasarkan semangat setiakawan dalam PH.

"Memahami semangat setiakawan dalam PH, sepatutnya tidak manis mana-mana parti dalam komponen PH menerima mana-mana ahli parti rakan.

"Saya rasa semangat ini disepakati dalam mana-mana parti yang membentuk pakatan atau gabungan," katanya di Twitter hari ini.

Salahuddin mengulas penyertaan tiga Adun Amanah dari Johor iaitu Khairuddin A Rahim (Senggarang), Faizul Amri Adnan (Serom) dan Muhamad Said Jonit (Mahkota) ke dalam PKR.

Penyertaan mereka disahkan oleh Khairuddin dan tiga sumber dalam PKR.

Malaysiakini masih menunggu maklum balas daripada Said dan Faizul.

Tahun lepas, dua Adun Amanah dari Selangor, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (Meru) dan Ahmad Mustain Othman (Sabak) turut mengambil langkah serupa.

Faizul melepaskan jawatan dalam Amanah tahun lalu atas sebab hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan parti di Johor. Dia juga memberitahu tidak lagi berminat menjadi calon Amanah pada PRU akan datang.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS