Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
2,364 kes baru, 10 lagi korban Covid-19
Diterbitkan:  Feb 27, 2021 6:25 PM
Dikemaskini: 1:49 PM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan sebanyak 2,364 kes Covid-19 baru dikenal pasti dalam tempoh 24 jam sehingga tengah hari tadi, dengan 10 lagi kematian dilaporkan.

Selangor kekal sebagai penyumbang kes terbesar dengan 862 kes, diikuti Johor (314), Perak (305), dan seterusnya Sarawak (255).

Di Selangor, sebanyak 704 kes, iaitu 81.7 peratus, dikesan daripada kluster dan saringan kontak rapat.

Unit Rawatan Rapi (ICU) kini menempatkan 190 pesakit dengan 99 daripadanya memerlukan bantuan pernagasan.

Hanya satu kes baru yang dilaporkan merupakan kes import, selebihnya jangkitan dalam negara.

Seramai 3,320 pesakit sembuh dan dibenarkan pulang.

Kematian

10 kematian hari ini melibatkan pesakit berusia 45 hingga 86 tahun, dengan dua daripadanya meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital.

Sebanyak 6 korban adalah di Kuala Lumpur, Selangor (2), dan masing-masing satu di Johor dan Sarawak.

8 kluster baru

KKM turut memaklumkan terdapat lapan lagi kluster yang dikenal pasti hari ini, dengan tujuh daripadanya melibatkan tempat kerja.

Dalam pada itu, sebanyak 16 kluster tamat hari ini, iaitu Kluster Symphony Magazine, Kluster Hujung Pasir, Kluster Serkam Tengah, Kluster Rungkup, Kluster Jalan Skudai, Kluster Orion, Kluster Bayu Tampoi, Kluster Permint Harmoni, Kluster Tengah Tiga, Kluster Jalan Ketengah, Kluster Tapak Bina Persiaran Tecoma, Kluster Jalan Trompet, Kluster Jalan Sempadan, Kluster Tapak Bina Era Duta, Kluster Jalan Riang, dan Kluster Bukit Batu Grisek.

Perincian kluster baru adalah seperti berikut:

Kluster Jalan Tampoi Besi

  • Daerah: Johor Bahru
  • Lokasi / Sumber: Kilang di Jalan Tampoi 7, Kawasan Perindustrian Tampoi, Johor Bahru
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 23 Feb, saringan bersasar pekerja
  • Jumlah kes setakat ini: 40 daripada 136 yang disaring

Kluster Jalan Permas Sembilan

  • Daerah: Johor Bahru
  • Lokasi / Sumber: Kilang di Jalan Permas 9/16, Bandar Baru Permas Jaya, Johor Bahru
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 23 Feb, saringan sebelum pulang ke negara asal
  • Jumlah kes setakat ini: 20 daripada 32 yang disaring

Kluster Jalan Gemilang Satu

  • Daerah: Johor Bahru
  • Lokasi / Sumber: Kilang di Jalan Gemilang 1, Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 27 Feb, saringan bersasar pekerja
  • Jumlah kes setakat ini: 15 daripada 44 yang disaring

Kluster Jalan Mega Teknologi

  • Daerah: Johor Bahru
  • Lokasi / Sumber: Kilang di Jalan Mega 1/7, Taman Perindustrian Nusa Cemerlang, Nusa Jaya
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 27 Feb
  • Jumlah kes setakat ini: 14 daripada 46 yang disaring

Kluster Jalan Scientex Jaya

  • Daerah: Kulai, Johor
  • Lokasi / Sumber: Asrama pekerja kilang di Jalan Scientex Jaya 18, Taman Scientex, Senai
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 26 Feb, saringan individu bergejala
  • Jumlah kes setakat ini: 13 daripada 119 yang disaring

Kluster Jalan Tasek Avenue

  • Daerah: Kinta, Perak
  • Lokasi / Sumber: Kilang di Jalan Tasek Avenue, Tasek Industrial Park, Ipoh
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 26 Feb, saringan bersasar pekerja
  • Jumlah kes setakat ini: 211 daripada 524 yang disaring

Kluster Kampung Pulau Raja

  • Daerah: Kota Bharu, Kelantan
  • Lokasi / Sumber: Pusat pentadbiran awam di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bahru
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 15 Feb, saringan individu bergejala
  • Jumlah kes setakat ini: 60 daripada 255 yang disaring

Kluster Buloh

  • Daerah: Selangau, Sarawak
  • Lokasi / Sumber: Kampung Sungai Buloh di Selangau, Sibu
  • Kategori kluster: Komuniti
  • Kes pertama: 22 Feb, saringan individu bergejala
  • Jumlah kes setakat ini: 28 daripada 68 yang disaring

Kes baru berdasarkan negeri:

  • Selangor (862)
  • Johor (314)
  • Perak (305)
  • Sarawak (255)
  • Sabah (157)
  • Penang (155)
  • Kuala Lumpur (117)
  • Negeri Sembilan (74)
  • Kelantan (68)
  • Kedah (17)
  • Malacca (17)
  • Terengganu (11)
  • Pahang (8)
  • Putrajaya (4)
  • Labuan (0)
  • Perlis (0)


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 




Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS